Blog Directory & Search engine

My blog entries in full quotes, RSS 2.0
Dresanala II: Baladewa-x
Nizam Zakaria's  Fotopages
Project Petaling Street
Photoblogs.org
View My Profile


e-mail


zire 71 photo
Zire 71 Photo of the day!

wArchives:


-- HOME --

 

 

wFriday, February 09, 2007



SINGAPORE - ESPLANADE - 1

Image Hosted by ImageShack.us

SINGAPORE - ESPLANADE - 2

Image Hosted by ImageShack.us

SINGAPORE - ESPLANADE - 3

Image Hosted by ImageShack.us

SINGAPORE - ESPLANADE - 4

Image Hosted by ImageShack.us

SINGAPORE - ESPLANADE - 5

Image Hosted by ImageShack.us

SINGAPORE - ESPLANADE - 6

Image Hosted by ImageShack.us

I've just discovered that I am at No. 33 in the list of 50 Most Influential Blogs in Malaysia. Kau ado? HAHAHA!

Here's a preview to the first scene of Episode 6

--snip

FLASHBACK (SCENE 01 – 04)

01 - EXT. – KAWASAN PERUMAHAN – SIANG

SUPER: Akmal - setahun yang lalu

Kita dapat melihat Akmal sedang berjalan di sebuah kawasan perumahan (yang dah lama, bukan jenis baru dibina). Dia tak tahu ke mana hendak ditujunya. Dia berpandukan alamat yang tertulis di atas kertas kecilnya.

Akmal berdiri di hadapan sebuah rumah. Dia membunyikan loceng. Pintu terbuka luas. Seorang lelaki yang kebetulan nak keluar dari rumahnya, pergi menemui Akmal.

HAFIZ
Ya, nak cari siapa?

AKMAL
Mak saya bagi alamat ni. Dia kata, saya perlu cari Encik Hafiz bin Khalid di sini.

HAFIZ
Ya, aku lah orang yang kau cari.

AKMAL
Saya... Nama saya Akmal bin Hisham. Hisham... Encik Hafiz kenal dengan Hisham bin Rosli?

Wajah Hafiz kaku buat seketika. Dia terkejut.

HAFIZ
Kamu nak cari ayah kamu ke?

AKMAL
Ya...

HAFIZ
Dia kawan baik aku satu ketika dulu... Kami sekampung di Besut.

AKMAL
Saya tahu... Mak saya ada bagitahu. Nama dan alamat Encik Hafiz sahaja yang ada dalam buku nota yang dia tak sempat bawa bersamanya sebelum dia tinggalkan kami sekeluarga.

HAFIZ
Dah lama aku tak bertemu dengan dia... Yang aku tahu, dia dah kahwin lagi. Dia ada keluarga sendiri. Aku mintak maaf. Aku tak boleh tolong kau.

AKMAL
Saya faham.

HAFIZ
Dah berapa lama kau cari dia?

AKMAL
Baru saja... Lagipun saya baru setahun duduk di KL. Saya akan cuba cari dia sampai dapat. Lagipun antara sebab saya ke KL pun memang untuk mencari dia. Saya dah janji dengan mak saya di kampung untuk cari dia sampai dapat.

HAFIZ
Untuk apa? Dia dah tinggalkan kau dan mak kau begitu sahaja—

AKMAL
Sebab saya nak tahu mengapa dia tinggalkan kami tanpa apa-apa berita selepas dia ke Singapura untuk mencari kerja di sana.

HAFIZ
Kau bekerja atau belajar lagi?

AKMAL
Saya dah bekerja... Di sebuah kedai komik—

HAFIZ
Bapak kau suka kumpul komik...

AKMAL
Saya tahu... Saya harap dengan bekerja di kedai komik macam tu, satu hari nanti dia akan masuk ke dalam kedai tu dan kita akan bertemu...

SKIP A BEAT
C.U. HAFIZ
Hafiz mengeluh sambil menggeleng.

HAFIZ
Aku sendiri tak faham bagaimana dia mampu tinggalkan keluarga dia sendiri dan menghilang begitu sahaja. Mungkin sebab inilah aku tak mahu tahu tentang diri dia lagi.

AKMAL
Dia pasti ada sebabnya sendiri... Saya Cuma mahu tahu sebabnya.

HAFIZ
Banyakkan bersabar... Satu hari nanti kau akan dapat jawapan yang kau cari tu nanti...

Akmal mengangguk perlahan. Dia termenung jauh. Dia merasa agak kecewa kerana Hafiz tidak dapat membantunya...

DISSOLVE TO:

Labels: ,



posted by Nizam Zakaria at 3:03 PM |




wThursday, February 08, 2007



SINGAPORE - CITY - 1

Image Hosted by ImageShack.us
A photo taken by an architect friend who likes to look at buildings like this (Singapore National Library)

SINGAPORE - CITY - 2

Image Hosted by ImageShack.us
Singapore National Library

SINGAPORE - CITY - 3

Image Hosted by ImageShack.us
Johan at VIVOCity wading pool

SINGAPORE - CITY - 4

Image Hosted by ImageShack.us
I like this picture taken by him... We were waiting for a bus to take us to Marina Square

Here's an excerpt of Episode 5, ADAM - Kelab Lelaki Terluka:

--snip

01 - INT. – BACKGROUND KOSONG – DALAM BILIK ATAU KIOSK

TALKING HEADS

(Nota buat pengarah: scene ini dilakukan macam interview rancangan realiti. GADIS 1 – 4 akan memandang terus ke kamera. Kalau boleh, buat GADIS 3 ni, pakai tudung serba hitam. Pakai celak hitam dan isap rokok masa diinterview katanya, boleh? Mereka diinterview satu persatu.)

GADIS 1
Azli tu memang kacak lah... I suka, tapi...

GADIS 2
Tapi dia tu lain macam lah... Saiko! Dia beritahu aku yang aku tak boleh—

GADIS 3
Tak boleh banyak bercakap bila berbual dengan dia. Dia kata dia lebih suka gadis yang pendiam. Dia pantang dengar perempuan membebel dan meleter...

GADIS 4
Saya rasa dia ni cerewet. Dia kata lain kali kalau nak keluar dengan dia, saya kena pakai tudung

GADIS 1
I cakap lah, hello Azli... Kalau I nak bertudung pun, I akan pakai tudung di atas kesedaran I sendiri, bukan sebab you suruh I pakai!

GADIS 2
Dia tegur aku sebab aku kata aku tak pandai masak...

GADIS 4
Dia kata tempat seorang perempuan adalah di dapur... Yang penting, perempuan pilihannya kena pandai masak! Tak belajar tinggi-tinggi pun tak apa.

GADIS 3
Eh, I ni lulusan undang-undang dari UIA tau!

GADIS 1
I ada ijazah dalam bidang Ekonomi dari U. M... University of Miami

GADIS 4
Saya mempunyai ijazah perubatan dari Imperial College, London.

GADIS 2
Saya belajar takdelah tinggi takat mana pun… Tapi bapak saya ada kilang belacan paling besar kat Malaysia ni!

GADIS 3
Saya rasa lah, dan ini adalah spekulasi saya... Dia nak kan seorang calon isteri yang macam perempuan kampung yang hanya wujud 30 tahun yang lepas atau wujud dalam dunia fantasi yang rekaannya sendiri yang hanya wujud di dalam kepala dia!

GADIS 4
Manalah perempuan macam tu wujud lagi. Ada ke? Perempuan sekarang dah maju lah, ada yang dah jadi menteri dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat yang besar-besar...

GADIS 1
Dia kata kat saya... Mana-mana perempuan yang berkahwin dengan dia nanti perlu berhenti kerja untuk kemas-kemas rumah dan jaga anak-anak.

GADIS 3
Berhenti kerja?

GADIS 2
(Menggeleng)

GADIS 4
Hello, saya pakar pediatrik tau! (Roll her eyes) Dia tu ada diploma jer. Tolonglah!

GADIS 2
Azli ni... Kalau dia tak ubah perangai dia, sampai ke tua tak akan dapat calon isteri yang dia nak...

GADIS 1
Dia tu memilih sangat.

GADIS 3
Memilih tu tak salah... Tapi kriteria yang digunakan untuk memilih tu tak masuk akal langsung!

SMASH CUT TO:

02 – INT – RESTORAN – MALAM

Azli dan Gadis dua sedang makan di restoran. Di dalam restoran sama dalam Ep. 1

GADIS 2
Eh, tak masuk akal langsung lah!

AZLI
Tak masuk akal apa pulak ni?

GADIS 2
Kau nak aku belajar masak asam pedas macam mak kau lah, kau kata kalau perempuan tak pandai masak bukan perempuan namanya lah! Eh, apahal ni beb? Dah lah. Malas aku nak layan lelaki chauvanis macam kau ni!

Gadis 2 dengan marah bergegas meninggalkan Azli keseorangan di meja makan.

Pelayan gedik yang dapat kita lihat dalam Ep. 1 datang melenggang menemui Azli.

PELAYAN
Kalau dia tak nak kat awak... Saya ada tau! Saya tak kisah kalau kena berhenti kerja, masak-masak, kemas rumah dan layan awak kat rumah... Saya serius ni!

Azli geli mendengar kata-kata pelayan gedik ini, lalu terus dia minta...

AZLI
(Dengan tegas tapi over) Bil! Cepat Bil!

CUT TO:

Labels: ,



posted by Nizam Zakaria at 1:17 PM |




wWednesday, February 07, 2007



VIVOCITY - Singapore - 1



VIVOCITY - Singapore - 2


Me with Johan

VIVOCITY - Singapore - 3



VIVOCITY - Singapore - 4



VIVOCITY - Singapore - 5



I was told that I have to finish all the 13 episodes of ADAM - Kelab Lelaki Terluka by the 10th February by Ezad, my director. I don't think I can meet his deadline. But I'll try my best. They will start shooting ADAM soon. Sooner than I thought.

Here's another excerpt from ADAM - Kelab Lelaki Terluka (Episode 3):

---snip

08 – INT. PUSAT FUTSAL – MALAM

M.S. DARI BELAKANG, AZLI DAN MADI DI KAUNTER FUTSAL BERSAMA AKMAL

Dari belakang kita dapat melihat Azli dan Madi sedang berada di kaunter. Akmal sedang melayan mereka. Perlu diingatkan bahawa pada masa ini, Akmal tidak mengenali mereka berdua sama sekali. Masa ni, Azli sudahpun kelihatan lebih terurus dengan wajah clean-cut. Tetapi penonton tak nampak sangat pun wajah mereka kerana shot ini akan diambil dari arah belakang. Yang lebih penting adalah kita dapat melihat Akmal sedang melayan mereka lalu memberitahu kepada mereka ke mana mereka boleh berlatih bermain futsal.

Sedetik kemudian, kita dapat melihat Rina datang menemui Akmal. Dia nampak marah. Dia nak masuk ke dalam kaunter tetapi tidak dibenarkan Akmal.

AKMAL
Maaf, pekerja kat sini jer yang dibenarkan masuk ke dalam kaunter.

RINA
Eh, apa awak merepek ni?

AKMAL
(Kali ini dengan suara lebih perlahan) Pekerja sahaja yang dibenarkan masuk ke dalam kaunter.

RINA
Eh, awak dah gila ke?

AKMAL
Ayah awak yang suruh saya cakap macam ni kat awak bila awak datang ke sini macam sekarang ni.

RINA
Dia dah melampau lah!

AKMAL
Tak baik awak cakap macam tu pasal ayah awak.

RINA
Eh, suka hati orang lah nak cakap apa… Awak ni kan, baru sehari kerja kat sini dah jadi kaki ampu. Kalau bapak saya bagi awak kerja sini lama-lama, apalah agaknya jadi dengan awak ni nanti kan? Pantang orang bagi muka sikit! Dasar kaki kipas.

AKMAL
Saya tahu awak marah kat saya sebab saya ambik alih kerja awak...

RINA
Eh, marah apa pulak? Saya tak marah pun! Ada muka marah ke?

Rina mengetapkan bibirnya untuk menahan rasa marah.

Akmal terus berada di belakang kaunter dengan rasa janggal. Matanya ke depan. Kadangkala ke tepi sebab dia tak berani tengok muka Rina.

AKMAL
Saya ada kumpulkan tin-tin kosong dan botol-botol kosong. Saya ada jual.

RINA
Dah tu?

Akmal keluarkan sekeping sampul surat dari kocek seluarnya. Dia menyerahkan sampul surat tersebut kepada Rina.

AKMAL
Ayah awak dah ceritakan segalanya kepada saya...

RINA
Ish! Apa orang tua tu cerita? Apa!

AKMAL
Pasal... Dia tak akan beri awak duit belanja lagi. Kalau awak nak duit belanja awak kena cari sendiri kerja di luar.

RINA
Dia dah memang melampau lah!

AKMAL
Kalau awak tak ada duit belanja, awak ambil saja duit ni. Ni duit hasil jualan tin-tin dan botol-botol kosong yang saya kutip di sini semalam. Tak banyak, tapi kalau awak pergi makan kat warung, kira ngam-ngam jugak lah.

Rina mengeluarkan wang yang terdapat di dalam sampul surat lalu diletakkan di atas meja. Ada lebih kurang RM 5.25 kesemuanya.

AKMAL (CONT’D)
Kalau awak nak, kita boleh sama-sama kutip tin-tin kosong dan botol-botol kosong kat sini.

RINA
Awak ni kelakar lah... Duit ni kalau nak beli kopi kat Starbucks pun tak cukup, tau! Dah tu awak nak saya kerja jadi orang kutip sampah? Geli lah! Tak senonoh betul lah awak ni! Muka saya ni macam muka orang kutip sampah ke?

Wajah Akmal berubah. Dia kaku memandang ke arah Rina. Dia terfikirkan tentang ibunya di kampung buat beberapa saat itu.

AKMAL
Mak saya kerja sapu sampah kat hospital Kuala Pilah. Dia kerja kutip sampah yang awak anggap geli tu untuk besarkan saya dan adik-adik saya.

Akmal melayan seorang pelanggan yang datang. Dia langsung tidak mahu memandang ke arah Rina.

C.U. RINA
Rina ternyata nampak serba salah. Dia tahu dia dah melampau. Dia nak mintak maaf, tapi dia rasa ego.

AKMAL
Awak dah makan ke belum? (Tanya Akmal selepas dia selesai melayan pelanggannya)

RINA
Belum...

AKMAL
Kenapa tak makan lagi?

RINA
Tadi saya lepak-lepak dengan Asyraq di kampus... Kami belajar sama-sama.

AKMAL
Kenapa tak makan dengan dia sekali?

RINA
Awak ni sibuk sangat dengan hal saya dengan dia apesal ni?

Rina diam buat dua detik. Dia cuba mengawal rasa marahnya yang tak tentu pasal tu.

RINA (CONT’D)
Dia kata dia sibuk... Dia ada hal dengan keluarga dia.

AKMAL
Jadi apa tujuan awak ke sini, sebenarnya? Untuk serang saya?

RINA
Tak... Saya tertinggal fail saya bawah kaunter... Fail tu ada gambar kumpulan
My Chemical Romance kat depan—

Akmal mencari fail yang dinyatakan Rina tadi… Dia menyerahkan Fail itu kepada Rina.

AKMAL
Saya suka lagu Welcome To The Black Parade…

RINA
Ye ke?

AKMAL
Ya…

SKIP A BEAT

RINA
Saya nak mintak maaf…

AKMAL
Untuk apa?

RINA
Bila awak suruh saya kutip sampah tadi lepas tu saya kata geli—

AKMAL
Tak apa... Saya tak ambil hati pun.

RINA
Jadi, keluarga awak semua ada di Kuala Pilah?

AKMAL
Ya... Mak dan adik-adik saya empat orang tu tinggal kat Tanjung Ipoh, Kuala Pilah...

RINA
Awak tinggal kat tepi laut, ke?

AKMAL
Kuala Pilah tu jauh dari laut... Eh, awak tak pernah sampai ke sana ke?

RINA
Tak pernah...

SKIP A BEAT

RINA (CONT’D)
Okaylah... Saya nak balik. Nak siapkan tugasan saya.

Akmal mengangguk. Rina mengambil wang yang telah diberikan Akmal kepadanya. Dia mengucapkan terima kasih dengan suara yang perlahan.

Akmal terus memandang ke arah Rina yang sedang berjalan keluar dari pusat futsal.

FREEZE FRAME
SUPER: AKMAL 1 ASYRAQ 1
SFX: TING!

FADE OUT.


END OF EPISODE 3

Labels: ,



posted by Nizam Zakaria at 10:33 AM |