Blog Directory & Search engine

My blog entries in full quotes, RSS 2.0
Dresanala II: Baladewa-x
Nizam Zakaria's  Fotopages
Project Petaling Street
Photoblogs.org
View My Profile


e-mail


zire 71 photo
Zire 71 Photo of the day!

wArchives:


-- HOME --

 

 

wWednesday, February 07, 2007



VIVOCITY - Singapore - 1



VIVOCITY - Singapore - 2


Me with Johan

VIVOCITY - Singapore - 3



VIVOCITY - Singapore - 4



VIVOCITY - Singapore - 5



I was told that I have to finish all the 13 episodes of ADAM - Kelab Lelaki Terluka by the 10th February by Ezad, my director. I don't think I can meet his deadline. But I'll try my best. They will start shooting ADAM soon. Sooner than I thought.

Here's another excerpt from ADAM - Kelab Lelaki Terluka (Episode 3):

---snip

08 – INT. PUSAT FUTSAL – MALAM

M.S. DARI BELAKANG, AZLI DAN MADI DI KAUNTER FUTSAL BERSAMA AKMAL

Dari belakang kita dapat melihat Azli dan Madi sedang berada di kaunter. Akmal sedang melayan mereka. Perlu diingatkan bahawa pada masa ini, Akmal tidak mengenali mereka berdua sama sekali. Masa ni, Azli sudahpun kelihatan lebih terurus dengan wajah clean-cut. Tetapi penonton tak nampak sangat pun wajah mereka kerana shot ini akan diambil dari arah belakang. Yang lebih penting adalah kita dapat melihat Akmal sedang melayan mereka lalu memberitahu kepada mereka ke mana mereka boleh berlatih bermain futsal.

Sedetik kemudian, kita dapat melihat Rina datang menemui Akmal. Dia nampak marah. Dia nak masuk ke dalam kaunter tetapi tidak dibenarkan Akmal.

AKMAL
Maaf, pekerja kat sini jer yang dibenarkan masuk ke dalam kaunter.

RINA
Eh, apa awak merepek ni?

AKMAL
(Kali ini dengan suara lebih perlahan) Pekerja sahaja yang dibenarkan masuk ke dalam kaunter.

RINA
Eh, awak dah gila ke?

AKMAL
Ayah awak yang suruh saya cakap macam ni kat awak bila awak datang ke sini macam sekarang ni.

RINA
Dia dah melampau lah!

AKMAL
Tak baik awak cakap macam tu pasal ayah awak.

RINA
Eh, suka hati orang lah nak cakap apa… Awak ni kan, baru sehari kerja kat sini dah jadi kaki ampu. Kalau bapak saya bagi awak kerja sini lama-lama, apalah agaknya jadi dengan awak ni nanti kan? Pantang orang bagi muka sikit! Dasar kaki kipas.

AKMAL
Saya tahu awak marah kat saya sebab saya ambik alih kerja awak...

RINA
Eh, marah apa pulak? Saya tak marah pun! Ada muka marah ke?

Rina mengetapkan bibirnya untuk menahan rasa marah.

Akmal terus berada di belakang kaunter dengan rasa janggal. Matanya ke depan. Kadangkala ke tepi sebab dia tak berani tengok muka Rina.

AKMAL
Saya ada kumpulkan tin-tin kosong dan botol-botol kosong. Saya ada jual.

RINA
Dah tu?

Akmal keluarkan sekeping sampul surat dari kocek seluarnya. Dia menyerahkan sampul surat tersebut kepada Rina.

AKMAL
Ayah awak dah ceritakan segalanya kepada saya...

RINA
Ish! Apa orang tua tu cerita? Apa!

AKMAL
Pasal... Dia tak akan beri awak duit belanja lagi. Kalau awak nak duit belanja awak kena cari sendiri kerja di luar.

RINA
Dia dah memang melampau lah!

AKMAL
Kalau awak tak ada duit belanja, awak ambil saja duit ni. Ni duit hasil jualan tin-tin dan botol-botol kosong yang saya kutip di sini semalam. Tak banyak, tapi kalau awak pergi makan kat warung, kira ngam-ngam jugak lah.

Rina mengeluarkan wang yang terdapat di dalam sampul surat lalu diletakkan di atas meja. Ada lebih kurang RM 5.25 kesemuanya.

AKMAL (CONT’D)
Kalau awak nak, kita boleh sama-sama kutip tin-tin kosong dan botol-botol kosong kat sini.

RINA
Awak ni kelakar lah... Duit ni kalau nak beli kopi kat Starbucks pun tak cukup, tau! Dah tu awak nak saya kerja jadi orang kutip sampah? Geli lah! Tak senonoh betul lah awak ni! Muka saya ni macam muka orang kutip sampah ke?

Wajah Akmal berubah. Dia kaku memandang ke arah Rina. Dia terfikirkan tentang ibunya di kampung buat beberapa saat itu.

AKMAL
Mak saya kerja sapu sampah kat hospital Kuala Pilah. Dia kerja kutip sampah yang awak anggap geli tu untuk besarkan saya dan adik-adik saya.

Akmal melayan seorang pelanggan yang datang. Dia langsung tidak mahu memandang ke arah Rina.

C.U. RINA
Rina ternyata nampak serba salah. Dia tahu dia dah melampau. Dia nak mintak maaf, tapi dia rasa ego.

AKMAL
Awak dah makan ke belum? (Tanya Akmal selepas dia selesai melayan pelanggannya)

RINA
Belum...

AKMAL
Kenapa tak makan lagi?

RINA
Tadi saya lepak-lepak dengan Asyraq di kampus... Kami belajar sama-sama.

AKMAL
Kenapa tak makan dengan dia sekali?

RINA
Awak ni sibuk sangat dengan hal saya dengan dia apesal ni?

Rina diam buat dua detik. Dia cuba mengawal rasa marahnya yang tak tentu pasal tu.

RINA (CONT’D)
Dia kata dia sibuk... Dia ada hal dengan keluarga dia.

AKMAL
Jadi apa tujuan awak ke sini, sebenarnya? Untuk serang saya?

RINA
Tak... Saya tertinggal fail saya bawah kaunter... Fail tu ada gambar kumpulan
My Chemical Romance kat depan—

Akmal mencari fail yang dinyatakan Rina tadi… Dia menyerahkan Fail itu kepada Rina.

AKMAL
Saya suka lagu Welcome To The Black Parade…

RINA
Ye ke?

AKMAL
Ya…

SKIP A BEAT

RINA
Saya nak mintak maaf…

AKMAL
Untuk apa?

RINA
Bila awak suruh saya kutip sampah tadi lepas tu saya kata geli—

AKMAL
Tak apa... Saya tak ambil hati pun.

RINA
Jadi, keluarga awak semua ada di Kuala Pilah?

AKMAL
Ya... Mak dan adik-adik saya empat orang tu tinggal kat Tanjung Ipoh, Kuala Pilah...

RINA
Awak tinggal kat tepi laut, ke?

AKMAL
Kuala Pilah tu jauh dari laut... Eh, awak tak pernah sampai ke sana ke?

RINA
Tak pernah...

SKIP A BEAT

RINA (CONT’D)
Okaylah... Saya nak balik. Nak siapkan tugasan saya.

Akmal mengangguk. Rina mengambil wang yang telah diberikan Akmal kepadanya. Dia mengucapkan terima kasih dengan suara yang perlahan.

Akmal terus memandang ke arah Rina yang sedang berjalan keluar dari pusat futsal.

FREEZE FRAME
SUPER: AKMAL 1 ASYRAQ 1
SFX: TING!

FADE OUT.


END OF EPISODE 3

Labels: ,



posted by Nizam Zakaria at 10:33 AM |