Blog Directory & Search engine

My blog entries in full quotes, RSS 2.0
Dresanala II: Baladewa-x
Nizam Zakaria's  Fotopages
Project Petaling Street
Photoblogs.org
View My Profile


e-mail


zire 71 photo
Zire 71 Photo of the day!

wArchives:


-- HOME --

 

 

wFriday, September 19, 2003



Tidur

tidur

Semalam aku tonton Out Of Africa buat sekali lagi. Kali pertama aku menontonnya aku terlalu muda untuk memahaminya seperti aku memahaminya sekarang.

Filem ini telah membuatkan aku menangis sepuas-puasnya (terutamanya pada adegan akhir sebelum turunnya kredits, sama efeknya tatkala aku menonton Schindler's List).

Aku pernah menangis sebegini ketika menonton filem The English Patient... Sekali tatkala menontonnya di Malaysia, dan sekali lagi tatkala aku berada di Boston. Kedua-dua filem ini mengingatkan aku mengapa aku menyintai sastera dan filem. Dan bagaimana satu hari nanti aku mahu menulis seperti Isak Dinesen dan Michael Ondaatje.

Aku dapati apa yang aku tulis sekarang jauh dari itu semua. Jika dibuat filem sekalipun, jadi filem aksi yang tidak akan dianggap seni. Apa yang aku buat adalah untuk mencampurkan element budaya pop dan sejarah 2D kepada fiksyen mimetik 3D yang bersifat surreal, jika tidak... Sci-fi.

Mungkin belum sampai seru untuk aku tulis satu karya yang bersifat sastera.


posted by Nizam Zakaria at 8:26 AM |