Zire 71 Photo of the day!
|
 |
 |
wTuesday, September 16, 2003 |
 |
 |
 |

Pasar Malam 2
Saya sering kali berfikir tentang cinta. Satu perkara yang saya tahu tentang cinta, apabila ia datang, ia akan terus ada di dalam diri kita. Cinta sejati tidak akan hilang. Itu yang pernah diberitahu kepada saya satu ketika dahulu. Saya tidak faham akan maksud ini pada mulanya, tetapi semakin saya dewasa, saya mula faham. Saya mula faham bahawa jika kita menyintai seseorang itu, kita akan mahu bersamanya buat selamanya, walau apapun berlaku.
Saya tidak mempunyai kebolehan untuk bermadah, ataupun menulis kata-kata yang indah. Saya tetap berpendapat bahawa saya mampu menulis dan tulisan saya dibaca kerana saya ikhlas tatkala menulis. Dalam kehidupan harian saya sendiri, saya cuba seikhlas mungkin, walaupun saya rasa, mungkin ada kalanya saya tidak banyak bercakap. Apabila saya mengatakan kalimah 'sayang' maka akan saya ucapkan sejujur-sejujurnya.
Tidak ada apa-apa yang mampu saya beri kepada orang yang paling saya sayangi, kecuali kejujuran saya ini...
posted by Nizam Zakaria
at 8:30 AM |

|
 |
 |
 |
 |
 |
|