A.D.A.M. @ Planet Futsal, Ampang - 12
A.D.A.M. @ Planet Futsal, Ampang - 13
A.D.A.M. @ Planet Futsal, Ampang - 14
A.D.A.M. @ Planet Futsal, Ampang - 15
I don't think I'll be going to the set of A.D.A.M. anytime soon. I need to sit down and write. I think the new characters I introduced are interesting and exciting. They are developing just fine in my head :)
--
Excerps from Ep. 14, Scene 05 - A.D.A.M.
05 – INT – DALAM KEDAI MEMBAIKI MOTORSIKAL
Mazlan sedang membaiki sebuah motorsikal.
Seorang rakan sekerjanya, Lim sedang membaiki sebuah motorsikal berdekatan dengannya. Dia sedang berbual dengan seorang rakan sekerjanya, Razi.
LIM Hari ni hari Rabu, kan?
RAZI Jadi kenapa?
LIM Aku ingat nak tengok wayang lah.
RAZI Sebab tiket murah, kan?
LIM Ye lah... Sebab tu lah.
RAZI Kau nak tengok cerita apa?
LIM Apa-apa je lah cerita menarik.
RAZI Cerita seram dari Thailand nak tak? Aku suka tengok cerita seram!
LIM Boleh jugak!
MAZLAN (Menyampuk) Korang berdua ni kalau ke mana-mana tak pernah ajak aku kan... (Pause) Ntah-ntah...
RAZI Ntah-ntah apakebenda pulak ni?
MAZLAN Ntah-ntah korang berdua ni... Ehem... (berdehem)
LIM Ish, mengarut lah kau!
RAZI Kau kan dah kahwin Lan... Kita ni bujang. Aktiviti kita tak sama. Kau dengan bini kau—
MAZLAN Kalau aku ikut korang keluar malam ni boleh?
LIM Boleh... Tapi—
RAZI Tapi kau nak bawak bini kau sekali ke?
MAZLAN Tak... Kita tengok bertiga jer.
LIM Bini kau tak cakap apa ke nanti... Kalau kau balik lambat ke apa ke?
MAZLAN Kau risau sangat pasal bini aku ni kenapa?
Lim tersengih. Begitu juga Razi.
RAZI Okay... Malam ni kita tengok wayang sama-sama ya? Lepas tu kita lepak kat mamak. Kita tengok Arsenal lawan Liverpool.
MAZLAN Aku boleh jer....
CUT TO:
Labels: A.D.A.M.
posted by Nizam Zakaria
at 11:34 AM |
|