Zire 71 Photo of the day!
|
 |
 |
wThursday, March 08, 2007 |
 |
 |
 |

Emil Emilda 50

Emil Emilda 51

Emil Emilda 52

Emil Emilda 53

Emil Emilda 54
 Photo by Isma Yusoof
Emil Emilda - The photo I like!
 Photo by Isma Yusoof
The Script for Episode 13 of ADAM - Kelab Lelaki Terluka will be over and done with by today.
It has been a trip. ADAM is not an easy script to write due to it's multilayered structure and the complexity of the characters.
Here's Scene 4, Episode 13 of ADAM - Kelab Lelaki Terluka
--
04 – EXT – WARUNG NASI LEMAK MUNAJAT – SIANG
Kita dapat melihat Yani memakan nasi lemak yang paling sedap yang pernah dirasainya. Azli tersenyum melihat gelagatnya.
YANI Mak saya pun tak boleh buat nasi lemak macam ni...
AZLI Tu lah... Ntah apa yang si Maznah tu letak dalam nasi lemak dia ni.
YANI Saya pun pandai masak tau...
AZLI Baguslah.
YANI Mak abang tanya saya kalau saya pandai masak... Pandai menjahit... Saya tanya kenapa dia tanya tu semua. Dia kata Abang Li nak calon isteri yang pandai jahit, pandai mengemas, pandai jaga anak... Tu semua lah.
AZLI Ish... Dia tanya tu semua?
YANI Ya... Sebab dia kata abang ni memilih sangat. Betul ke abang ni memilih sangat?
AZLI Adalah sikit-sikit... Ye lah, nak pilih bini bukan macam kita pilih sayur kat pasar, ye tak?
YANI Ya... Yani tahu. Tapi kita tak bolehlah memilih sangat. Kalau tak nanti, salah haribulan boleh jadi bujang terlajak.
AZLI Perli ke?
YANI Takderlah... Kenapa terasa?
Yani tersenyum nakal...
AZLI Kalau bukan sebab abang putus tunang, mungkin mak abang tak payah susah-susah cari calon isteri untuk abang...
AZLI Dah nasib abang macam tu... Nak buat macam mana.
YANI Abang masih ingatkan dia lagi... Tunang abang tu.
AZLI Ya... (Mengeluh lalu berpaling ke arah lain). Mana abang boleh lupakan orang yang abang sayang begitu sahaja... Sebab tu sekarang abang cuba habiskan masa abang main futsal, supaya abang tak fikirkan sangat pasal dia tinggalkan abang untuk berkahwin dengan orang lain...
YANI Dah lah bang... biar yang lepas tu lepas...
SKIP A BEAT
AZLI Mak abang dan mak Yani nak kita berkahwin...
YANI Tu Yani tahu...
AZLI Tapi Yani nak ke?
Yani menarik nafasnya dalam-dalam.
Wajah Azli penuh denga harapan agar Yani berkata ’Ya’. Tapi Yani hanya mendiamkan dirinya.
CUT TO:Labels: A.D.A.M., Emil Emilda
posted by Nizam Zakaria
at 10:19 AM |

|
 |
 |
 |
 |
 |
|