Zire 71 Photo of the day!
|
 |
 |
wThursday, February 22, 2007 |
 |
 |
 |

Emil Emilda 27

Emil Emilda 28

Emil Emilda 29

Emil Emilda 30

Emil Emilda 31

Emil Emilda 32

Emil Emilda 33

Okay... Since you guys are here for the production photos of Emil Emilda... So here it is!
--
And here's Scene 6 of Episode 9 ADAM - Kelab Lelaki Terluka
--snip
06 - INT. RESTORAN EKSLUSIF – MALAM
(Gunakan restoran yang selalu dikunjungi Madi yang ada pelayan gedik dari Ep. 1)
Madi bawak Maznah masuk ke dalam restoran. Beberapa pengunjung memandang ke arah Maznah. Membandingkan Maznah dengan Madi yang nampak smart giler. Madi nampak macam model GQ, Maznah nampak macam tukang gaji Indon.
Madi nak tarik kerusi nak bagi Maznah duduk kononnya. Tapi Maznah terlebih dahulu duduk di kerusinya.
Madi pandang ke kiri dan ke kanan. Tapi Maznah buat derk. Dia terus duduk macam dia duduk kat warung.
PELAYAN (Mendekati Madi lalu berbisik) Bang… Minah Indon ni yang jadi orang gaji abang pun, abang bawak makan sekali? Abang memang seorang majikan penyayang, kan?
C.U. MAZNAH Muka blur baca menu.
PELAYAN (Masih berbisik) Macam ni… Saya pun nak jadi orang gaji abang lah. Sekarang jugak saya berhenti!
Maznah terus memandang ke arah Madi dan si Pelayan yang nampak ala-ala gedik tu.
MADI (Cepat-cepat cakap, kononnya nak cover line) Okay, saya nak nasi lemak… Sambal tu lebihkan sikit.
PELAYAN Sini mana ada jual nasi lemak!
Madi dengan pantas memandang ke arah menu. Lalu katanya,
MADI Rib eye steak. Medium rare. And a glass of guava juice.
PELAYAN (Menoleh ke arah Maznah. Dia akan cakap dalam slang Indon) Mbak mahu makan apa, ya?
MAZNAH Mbak apa pulak ni?
PELAYAN Iya.. Mbak mahu makan apa sih?
MAZNAH Eh, kita orang sini lah. Kita orang Malaysia tau walaupun kita ngaku kita ni ada darah Jawa. Keturunan jer Jawa, tapi IC, tetap IC Malaysia.
MADI Nah nak makan apa?
MAZNAH Tak faham lah menu ni… Sini apa sedap bang?
MADI (menoleh ke arah pelayan) Cordon Bleu (disebut ’kor-don blurh’). Dan segelas air jus oren.
PELAYAN (sengaja buat slang Indon lagi) Jus jeruk ya, mbak?
Madi buat-muat muka serius (tapi nampak lawak) dan menggunakan isyarat tangan ala-ala nak halau si pelayan gedik ni. Si pelayan dengan kekwat berjalan cat walk ke belakang restoran.
Madi kemudian berpaling ke arah Maznah sambil tersengih macam kerang busuk.
Seorang pelayan lain membawa segelas air kosong. Madi terus meneguk air tu sampai kosong.
MAZNAH Abang selalu makan kat sini ke?
MADI Tak lah selalu… Kadang-kadang jer.
MAZNAH Nah tak pernah makan kat tempat ekslusif macam ni… Rasa janggal pulak.
MADI Alah biasa-biasakan…
MAZNAH Biasa-biasakan?
MADI (Dengan selamba) Kalau Nah nak keluar dengan abang, Nah kena biasa-biasakan diri Nah makan kat tempat-tempat macam ni…
MAZNAH Oh…
Maznah terkedu seketika. Dia mula sedar tentang perbezaan dirinya dengan Madi yang cukup-cukup ketara rasanya.
Dia memandang ke arah pakaian yang dia pakai. Kemudian dia memandang ke arah pengunjung-pengunjung yang lain yang memakai pakaian yang ranggi. Buat pertama kali pada malam itu dia terasa dirinya begitu terasing…
M.S. MADI Madi langung tak sedar kata-katanya tadi buat Maznah terkedu. Dia hanya tersenyum. Kemudian AD LIB. Tapi kita hanya dengar mulutnya terkumat kamit.
Maznah pula kita dapat melihat ada kalanya mengangguk. Apa yang jelas, dia mula nampak tidak selesa.
CUT TO:Labels: A.D.A.M., Emil Emilda
posted by Nizam Zakaria
at 12:08 PM |

|
 |
 |
 |
 |
 |
|