Zire 71 Photo of the day!
|
 |
 |
wMonday, February 12, 2007 |
 |
 |
 |

Emil Emilda - 1
 Norkiriah, Isma Yusoof and Syarifah Amani
Emil Emilda - 2
 Isma with Norkiriah
Emil Emilda - 3

Emil Emilda - 4

Emil Emilda - 5

Emil Emilda - The Picture I like!

Spent two days at the set of Emil Emilda. It was a fun set. Everybody were friendly and happy and we were having fun. Well, it's a fun story to start with...
Emil Emilda is different from ADAM. I have to tell Ezad that the spirit is different. ADAM is not a chick flick (I hope) and I don't intent to turn it into a chick flick. It has a more sober mood. A black comedy of sort. Entahlah... I don't know. I just write. I think about how to bullshit about the story later.
Here's a sneak preview of ADAM. Episode 6, Scene 2 (FLASHBACK)
--snip
02 - EXT. – KAWASAN HOSPITAL – MALAM
SUPER: Azli - setahun yang lalu
Muliani, seorang jururawat yang bertugas malam baru sahaja mengakhiri shifnya. Dia ingin pulang. Azli tunangnya sepatutnya mengambilnya pulang tapi tak muncul-muncul lagi. Dia senang menunggu di sebuah perhentian bas berdekatan dengan hospital.
MULIANI (kepada dirinya sendiri) Mana Azli ni! Selalu sangat lambat!
Sebuah kereta berhenti berdekatan dengan perhentian bas. Doktor Yusof keluar dari kereta.
YUSOF Awak tunggu tunang awak tu lagi ke?
MULIALI Ya, doktor...
YUSOF Kan saya minta awak jangan panggil saya doktor kalau di luar macam ni?
MULIANI Maaflah... doktor... Saya tak biasa.
YUSOF Nak saya hantar awak pulang? Dah lewat ni?
MULIANI Tak apalah. Tadi tunang saya tu baru saja SMS kata dia akan datang lambat sikit.
YUSOF Sibuk dengan kerja dia lagi?
MULIANI Tu lah...
Kereta Azli akhirnya muncul. Dia berhenti di hadapan Muliani.
MULIANI Panjang pun umur dia... Okaylah, Doktor.. Eh, Yusof... Saya balik dulu ya?
YUSOF Bye...
Muliani melambaikan tangannya ke arah Yusof. Dia masuk ke dalam kereta.
AZLI Maaflah, saya lambat...
MULIANI Awak tu, biasa lah lambat... Penat saya menunggu. Kalau awak tahu awak lambat, cakap jelah. Saya boleh suruh adik saya si Fauzi tu untuk ambil saya. Tak payah saya berdiri macam tunggul tunggu awak.
AZLI (Dengan suara memberitahu) Tak apalah... Doktor Yusof kan ada temankan awak.
MULIANI Awak perli saya ke apa ni?
AZLI Perli apa pulak ni?
MULIANI Jadi... Awak tak cemburu doktor Yusof tu temankan saya?
AZLI (Dengan suara tenang) Nak cemburukan apa... Awak kan tunang saya? Dia tu siapa?
MULIANI Sikit pun tak cemburu?
AZLI Eh awak ni kenapa?
MULIANI Tak ada apa-apa...
SKIP A BEAT
AZLI Kan ke bagus kalau awak berhenti kerja saja...
MULIANI Berhenti kerja?
AZLI Ye lah, berhenti dari jadi jururawat...
MULIANI Awak tahu tak... Sejak kecik saya dah tanam cuta-cita jadi jururawat.
AZLI Bila kita kahwin nanti... Awak kena berhenti jugak. Betul tak?
Muliani diam. Serba salah.
MULIANI Betul...
Muliani berpaling ke luar tingkap. Dia mengeluh.
AZLI Saya bekerja keras ni pun untuk kebaikan kita bersama...
MULIANI Saya faham...
AZLI Awak tahu tak... Tadi pengurus besar saya kata, kemungkinan besar saya akan dinaikkan pangkat dan akan dipindahkan ke Kuala Lumpur hujung tahun ini.
MULIANI Kalau awak terpaksa bertugas ke KL. Kita macam mana?
AZLI Kita macam mana pulak? Kita macam ni jugak lah...
MULIANI Tapi awak kat KL. Saya kat Muar.
AZLI Nanti bila saya stabil kat sana dan bila kita kahwin. Awak berhenti kerja. Kita tinggal saja kat KL tu. Okay tak idea macam tu?
Muliani tak mampu menjawap soalan Azli tadi. Dia diam saja.
AZLI (CONT’D) Okay lah tu kan... Okay malam ni saya belanja awak makan kat Bus Stand Pagoh. Perut saya dah lapar ni (Kemudian Ad lib. Suara Azli perlahan-lahan tidak dapat didengar)
Kita dapat melihat Muliani berpaling ke arah lain dengan wajah sayu, sementara Azli terus bercakap seorang diri...
DISSOLVE TO:Labels: A.D.A.M., Emil Emilda
posted by Nizam Zakaria
at 9:40 AM |

|
 |
 |
 |
 |
 |
|