Blog Directory & Search engine

My blog entries in full quotes, RSS 2.0
Dresanala II: Baladewa-x
Nizam Zakaria's  Fotopages
Project Petaling Street
Photoblogs.org
View My Profile


e-mail


zire 71 photo
Zire 71 Photo of the day!

wArchives:


-- HOME --

 

 

wWednesday, January 31, 2007



Friends @ Seksan - 1

Image Hosted by ImageShack.us

Friends @ Seksan - 2

Image Hosted by ImageShack.us

Friends @ Seksan - 3

Image Hosted by ImageShack.us

Friends @ Seksan - 4

Image Hosted by ImageShack.us

Kak Min (Yasmin Ahmad to the rest of you) SMS-ed me last night and told me that her new film, Mukhsin will be shown in the local cinemas come 8th of March 2007.

Still working on A.D.A.M. - Kelab Lelaki Terluka. I am beginning to love my characters, especially Azli and Rina. Ezad gave me some pointers on how to write a good script. He's been helpful.

Here's a sneak preview of the script (Episode 1, Scene 1). Enjoys!

--snip


CREDIT ROLL

01 - INT. KEDAI KOMIK – SIANG

E.C.U. JAM DINDING. MENUNJUKKAN PUKUL 4.34 PETANG

(Nota untuk pengarah: Pastikan jam menunjukkan pukul 4.34. Kerana signifikasi 4.34 kepada surah An-Nisaa, ayat 4.34 yang membawa maksud: ”Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka.”)

Jam berdetik perlahan. Saat demi saat. Kamera pan ke bawah sehinggalah kita dapat melihat wajah Akmal yang sedang kebosanan sambil membaca sebuah komik. Di dalam masa yang sama, kita dapat mendengar dua orang remaja sedang bertekak di dalam kedai. Remaja 1 & 2 berusia bawah 20 tahun. Dua-dua muka skema (nerd).

REMAJA 1 (O.S)
Kau rasa kalau Cicakman lawan dengan Spiderman siapa yang akan menang?

REMAJA 2 (O.S)
Spiderman lah!

REMAJA 1
Apa pulak! Cicak kan makan labah-labah! Spiderman lah kalah!

REMAJA 2
Mana kau tahu? Kalau labah-labah tu tarantula... Siapa makan siapa?

REMAJA 1
Labah-labah yang gigit Peter Parker tu kecik lah!

REMAJA 2
HELLO! Kalau ikutkan logik... Cicakman yang badan sekeping tu lawan Spiderman yang badan bagak tu siapa menang?

REMAJA 1
Kau ni, asalkan hero mat saleh jer, mesti kau akan menangkan!

M.S. AKMAL
Akmal menggelengkan kepalanya lalu meletakkan komiknya yang sedang dibacanya.

REMAJA 2 (O.S)
Apa pulak! (Pause, sebab dia nak tukar topik)

REMAJA 2 (CONT.)
Eh, apasal Cicakman tu nama omputeh ah, sedangkan Cicakman tu cerita Melayu?

AKMAL
Eh, korang hari-hari datang kedai ni tak beli apa-apa, melepak, lepas tu baca komik free. Lepas tu bertekak... Kalau duduk diam-diam takpe jugak. Ni tidak!

REMAJA 1
Eh, rilek lah bang... Emosi sangat ni kenapa?

SFX: BUNYI LOCENG PADA PINTU

Ketika itu kita dapat melihat Akmal menoleh ke pintu yang dibuka dari luar. Ada dua orang pelanggan masuk. Tapi pelanggannya ini lain dari pelanggan-pelanggan yang biasa diterimanya. Wajah Akmal berubah. Nadinya seolah terhenti.

(Nota kepada pengarah: pastikan Zerry enterframe dari arah KIRI). Rina dan Zerry masuk ke dalam kedai komik. Rina nampak macam Paris Hilton – pakaian yang dipakainya ranggi. Dia bersama Zerry yang nampak stylo. Zerry mengeluh kerana terpaksa masuk ke dalam kedai komik ini. Dia ambil sekeping komik. He sneers and rolls his eyes. Bukan majalah Details atau GQ gamaknya. Dia meletakkan komik itu kembali depan pantas, kononnya jijik dan tidak mahu jadi nerd macam Remaja 1 & 2 yang dipandang serong olehnya.

Rina memandang ke arah Zerry. Dia mahu Zerry berdiri dekat di sebelahnya. Kemudian Rina mengeluarkan sekeping komik lama dari dalam tas tangannya. Dia menyerahkan komik tersebut kepada Akmal.

E.C.U. KOMIK YANG DILETAKKAN RINA DI ATAS MEJA

Dengan pantas kita dapat melihat komik itu telah diconteng dengan magic colour oleh seorang anak kecil apabila Akmal menyelak komik tersebut.

RINA
Awak ada jual komik macam ni kat sini?

AKMAL
Ini komik X Men nombor 12...

RINA
Jadi kenapa? Ada jual ke tak komik ni kat sini?

REMAJA 2
Cik... Kalau komik tu ada jual kat sini... Saya dah lama beli tau!

REMAJA 1
Kan?

Akmal menyepetkan matanya ke arah REMAJA 1 & 2, seolah-olah meminta mereka jangan menyampuk lagi. Kemudian dia senyum kambing ke arah Rina.

AKMAL
Komik ni ada... Tapi kena bagi saya masa—

RINA
Berapa lama?

AKMAL
Esok... Insyaallah, saya boleh dapatkan komik ni.

RINA
Esok... (Pause) Jadi saya kena datang ke sini lagi lah untuk ambil komik ni nanti?

AKMAL
Kalau Cik nak... Kita boleh jumpa kat mana-mana yang senang untuk Cik nanti—

C.U. REMAJA 1
Remaja 1 mencemik mukanya ke arah Remaja 2, kononnya meluat.

RINA
Jadi berapa harga komiknya?

AKMAL
Harganya... Ermmm...

M. S. REMAJA 1 & 2
Remaja 1& 2 yang sedang memasang telinga untuk mendengar jawapan dari Akmal

AKMAL (CONT.)
Harganya tak mahal... Bawah 50 Ringgit jer.

M. S. REMAJA 1 & 2
Mereka berdua terkejut mendengar jawapan yang diberikan Akmal. Mata mereka terbeliak dibuatnya.

RINA
Okay.

Rina mengeluarkan sekeping buku nota kecil lalu menulis alamat pusat futsal tempat dia bekerja.

RINA
Ini alamatnya... Awak pergi cari Encik Darwis. Serahkan komik yang saya pesan kepadanya.

Rina mengeluarkan wang RM 50 dari dompetnya.

RINA (CONT.)
Ini 50 ringgit. Yang lebih tu awak ambil lah ya?

Akmal mengangguk pantas. Rina mengajak Zerry berjalan keluar dari kedai komik. Zerry mengikutnya berjalan keluar dengan wajah kekwat.

M.S. REMAJA 1 & 2
Remaja 1 & 2 yang masih sentap tu merenung ke arah Akmal.

AKMAL
Kalau aku dengar sepatah perkataan keluar dari mulut korang pasal benda ni... Siap lah!

Akmal cepat-cepat berjalan ke tingkap kedai. Dia mencari kelibat Rina yang ingin menyambung membeli belah...

CUT TO:

-- end snip

Labels:



posted by Nizam Zakaria at 12:08 PM |