Blog Directory & Search engine

My blog entries in full quotes, RSS 2.0
Dresanala II: Baladewa-x
Nizam Zakaria's  Fotopages
Project Petaling Street
Photoblogs.org
View My Profile


e-mail


zire 71 photo
Zire 71 Photo of the day!

wArchives:


-- HOME --

 

 

wThursday, November 16, 2006



Novel Susuk dan wawancara untuk rancangan Resensi di Selamat Pagi Malaysia - 1

Image Hosted by ImageShack.us

Novel Susuk dan wawancara untuk rancangan Resensi di Selamat Pagi Malaysia - 2

Image Hosted by ImageShack.us

Mengenai seorang Melayu yang bobrok bernama SB Hashim dari Ampang

Saya terpanggil untuk menulis apa yang perlu saya tulis kerana adalah menjadi tugas serta amanah saya sebagai seorang penulis untuk menegur segala kebobrokan yang ada di dalam masyarakat saya, khususnya masyarakat Melayu.

Semalam, saya telah menerima SMS dari Kak Yasmin Ahmad mengenai apa yang telah ditulis mengenai filemnya Mukhsin di bahagian Forum Utusan oleh seorang penulis bernama SB Hashim. Apa yang menarik tentang SB Hashim adalah dia telah menulis dan menaburkan fitnah tentang sebuah filem yang tidak pernah ditontonnya (Muhksin bari mereka yang masih tidak tahu, adalah sebuah filem terbaru dari Yasmin Ahmad yang BELUM LAGI ditayangkan untuk tontonan orang ramai). Fitnah yang ditaburkannya itu pada hemat saya berniat jahat semata-mata. Adakah adil bagi seorang sepertinya memberikan pendapat lalu menabur fitnah kepada sesuatu yang tidak ditonton justeru tidak difahaminya?

Menurut pemfitnah yang bernama SB Hashim ini:

"Mukhsin, filem terbaru oleh pengarah Yasmin Ahmad mengisahkan cinta antara anak gadis 10 tahun dengan anak lelaki 12 tahun. Singkat kata, Mukhsin menggalakkan anak Melayu supaya mula mendekati zina sejak kecil lagi."

Jadi saya ingin bertanya kepada manusia sepertinya yang tidak tau erti dosa, etika dan moral ini, apakah mazhab yang dianutinya dan dianuti bersama oleh segolongan orang Melayu sepertinya?

Apakah faktor-faktor yang menyebabkan dia sanggup membuat fitnah? Apakah dia tak tahu apa itu erti 'libel'? Jawapannya pastinya tidak.

Pada dasarnya, tulisannya itu kosong tanpa apa-apa mesej kecuali wujudnya hasad dengki serta niat jahat semata-mata. Ditambah lagi dengan sifat rasis dan bigotnya yang melampaui batas yang telah digunakan untuk menjustifikasikan pandangan sesat yang menyesatkannya itu. Pada hemat saya, kalau ingin menganuti pegangan ultrakonservatif sekalipun, bukannya pasport untuk dia memomokkan mereka yang diistilahkannya sebagai "golongan Melayu liberal dan pejuang kemanusiaan".

Saya harapkan, kita dapat bersama-sama berjuang untuk menentang mazhab ultrakonservatisme yang dianuti oleh manusia-manusia seperti SB Hashim yang kini kita dapat lihat merebak seperti sel-sel barah yang memakan diri kita dan masyarakat Malaysia yang kita cintai ini. Tahap harmoni sesama kaum dan toleransi kepada kepelbagaian pendapat juga semakin dicabar oleh golongan ini yang berkiblatkan kepada agenda benci yang mereka anuti (Hate Agenda). Bak kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini, "Apakah kita sudah sampai ke tahap tidak toleran seperti ini? Rumah terbuka yang dikongsi antara kaum turut dikutuk. Bilakah kita menjadi ultrakonservatif?"

Kita tidak boleh memperlekehkan pandangan-pandangan songsang serta jumud golongan ultrakonservatif seperti ini. Jika tidak, cara hidup serta nilai-nilai hidup yang kita nikmati sekarang akan terhakis malah hilang sama sekali di negara Malaysia yang tercinta ini.




posted by Nizam Zakaria at 10:17 AM |