Blog Directory & Search engine

My blog entries in full quotes, RSS 2.0
Dresanala II: Baladewa-x
Nizam Zakaria's  Fotopages
Project Petaling Street
Photoblogs.org
View My Profile


e-mail


zire 71 photo
Zire 71 Photo of the day!

wArchives:


-- HOME --

 

 

wThursday, August 10, 2006



Puteri Gunung Ledang The Musical (Second Season) - 7

Image Hosted by ImageShack.us

Puteri Gunung Ledang The Musical (Second Season) - 8

Image Hosted by ImageShack.us

Puteri Gunung Ledang The Musical (Second Season) - 9

Image Hosted by ImageShack.us

Okay, here are the excerpts of the screenplay I've been working on since two weeks ago. The format a bit lari, because I'm using Final Draft to write the script.

24 - EXT. PADANG SEKOLAH - SIANG & INT. DALAM RUMAH - MALAM

(Adegan flashback ini harus dibuat secara Make Only Silence [M.O.S.]. Yang kedengaran hanya V.O. Azlan dengan iringan muzik. Sebolah-bolehnya, D.O.P. harus memikirkan cara yang lebih ‘stylistic’ untuk adegan flashback ini.)

Shot diambil pada aras kaki. Kita dapat melihat dua orang kanak-kanak sedang bermain hoki. Hanya selepas kamera bergerak ke atas, barulah kita dapat melihat Azlan sedang berlatih bermain hoki dengan Sam. Mereka kelihatan gembira.


AZLAN (V.O.) (CONT’D)

Lan ada kawan baru. Sam namanya. Dia budak kelas pandai - Macam abang. (pause) Sam ni tomboy. Dia suka main hoki. Jadi bila kami ada masa lapang, kami selalu berlatih main hoki bersama...

Kamera pan untuk menunjukkan bahawa mereka berdua juga sedang bermain dengan Bazli dan Erwan. Keempat-empat mereka berebut bola hoki. Mereka cuba memasukkan bola ke tiang gol yang mereka buat sendiri dengan sebuah patung hello kitty/Barbie kepunyaan Sam yang diletakkan di tengah-tengah untuk kononnya menjaga lubang gol.

AZLAN (V.O.) (CONT’D)

Kadang-kadang si Bazli dengan si Erwan, kawan sekelas Sam, akan main hoki dengan kami. Diorang ni kawan baik Sam.

Azlan sedang berlatih dengan Cikgu Ridzuan di padang. Azlan dilatih dengan cara-cara yang betul bermain hoki oleh Cikgu Ridzuan. Long Shot (L.S) dari arah tengah padang agar kita dapat melihat Sam duduk di tempat biasanya di tepi padang. Kamera zoom-in dengan pantas untuk menunjukkan Sam sedang duduk di tepi padang mencuri pandang ke arah Azlan sambil memegang buku teks di tangan (Lakukan Shaw-Brothers-style Zoom sehingga ke wajahnya).

AZLAN (V.O.) (CONT’D)

Sekarang dah nak dekat sebulan Lan berlatih dalam pasukan hoki sekolah Lan. Banyak benda-benda baru pasal hoki yang Lan dapat belajar. Cikgu Ridzuan yang jadi jurulatih kami. Dia baik orangnya. Lan tak pernah ada cikgu yang baik macam dia. Dia kata masa dia kat universiti dulu dia suka tengok ayah main hoki...

Seterusnya diselitkan shot Azlan menyerahkan baju kotornya kepada Sam tanpa pengetahuan orang lain secara fast-cut (agar bajunya itu dibasuh Sam). Kalau boleh, shot ini diambil sebanyak 3-4 kali dalam situasi berlainan.

Kemudian smash cut kepada shot diambil di rumah dengan Salamah cepat-cepat menukar saluran TV apabila dia mendapati ada ditayangkan montaj permainan hoki di kaca TV. Wajah Salamah nampak marah. Azlan pula menoleh ke arah ibunya dengan wajah terkerut.

AZLAN (V.O.) (CONT’D)

Bang, Mak tak tahu lagi pasal benda ni. Dia tak tahu lagi Lan main hoki. Lan pergi main hoki ni pun sembunyi-sembunyi. Abang tahu lah dia kan pantang tengok orang main hoki. Kalau dia tahu Lan main hoki, mesti dia marah. Lan harap abang akan rahsiakan hal ni dari mak...

Cut to Salamah masuk ke ruang tamu rumahnya sambil bercakap dengan marah-marah di corong telefon bimbitnya (ad lib). Cut to Salamah marahkan Azlan kerana membawa pulang kad rekod ujian dengan markah yang rendah untuk hampir kesemua mata pelajarannya. Dihempasnya kad ke atas meja sambil membebel. E.C.U. kepada kad ujian penilaian Azlan.

AZLAN (V.O.) (CONT’D)

Mak sekarang makin sibuk dengan kerja dia tu. Bila dia balik kerja, dia selalu saja marahkan Lan tak tentu pasal. Bila dia marah-marah, selalu tanya Lan kenapa Lan tak boleh jadi macam abang. Kekadang Lan sedih bila dia tanya Lan macam tu. Sebab Lan bukannya pandai atau baik macam abang.

BACK TO PRESENT


posted by Nizam Zakaria at 2:43 PM |