Blog Directory & Search engine

My blog entries in full quotes, RSS 2.0
Dresanala II: Baladewa-x
Nizam Zakaria's  Fotopages
Project Petaling Street
Photoblogs.org
View My Profile


e-mail


zire 71 photo
Zire 71 Photo of the day!

wArchives:


-- HOME --

 

 

wMonday, July 03, 2006



Anggun's trip to Singapore 1

Image Hosted by ImageShack.us
WACHAAAA!!!

Anggun's trip to Singapore 1

Image Hosted by ImageShack.us
Anggun at Takashimaya

Anggun, Sis, Tom and I went to Singapore last Saturday. So, budget bulan ni dah lari. I hope my company will give me bonus next month. I really what to use whatever is left of the money (lepas bayar hutang segala) to shop in Singapore. I saw some cute stuff that I wanted to buy, (for me or for Anggun) but I can't. Things are not exactly expensive, I just can't afford them.

We went to the zoo. I think Anggun loved the Zoo, although I have the feeling that she's into the aquarium more than the zoo. She likes fishes. I took her video at the zoo. I will edit it and post the video here in one or two days time.

I went back to JB on Thursday for Baba's tahlil held in a mosque at Taman Daya. Tom, Bro and I distributed some foods for the jemaah after Isyak. The next day, Mak, Bro and I went to Baba's grave. I suggested to Mak that we should probably book the empty plot next to Baba. She asked me (I think jokingly, I don't know), if I expect her to die anytime soon. I said it's a common practice in the west to have a family plot. It'll be a good idea to have her buried side by side to Baba. Come to think of it, If I were to die before her, I want to be buried next to Baba.

"I want to have the words: 'lagipun. Rama-ramanya telah lama meninggalkannya.' Engraved onto my gravestone." I told to Bro and to Mom. I think I've told them about this a dozen of times. I wonder if they'll fulfill this request for me.

--

Here are excerpts from my latest novel, Susuk:

Soraya keluar dari bangunan hospital lalu berjalan ke arah Kamal yang sedang menunggunya dengan motosikalnya. Langkah Soraya lemah lagi lesu. Soraya menoleh ke arah bangunan hospital. Dia menggeleng sendiri. Segala apa yang diimpikan selama ini dirasakannya berkecai begitu sahaja.

"Kenapa ni monyok semacam?" tanya Kamal kehairanan.

Soraya hanya merenung ke hadapan. Ke arah beberapa buah kereta yang sedang bergerak di hadapannya.

"Cakap lah, kenapa... Awak ni suka lah buat saya risau!"

"Saya kena marah lagi. Tapi kali yang terakhir agaknya. Mungkin saya tak akan balik kerja kat sini lagi."

"Eh... Kenapa ni?"

"Saya tak sanggup nak kerja sini lagi."

"Habis tu?"

"Saya nak cari tempat yang tenang. Saya nak berehat."

"Berehat? Dah tu kerja awak di sini macam mana?"

Soraya tidak mahu menjawab. Dia mendiamkan dirinya lantas membuntukan suasana.

"Awak nak ke mana?"

"Tak apa lah Kamal. Tak payahlah awak tunggu saya. Saya tak nak awak terus bergantung harapan dengan saya. Saya harap awak faham."

"Faham apa ni?"

"Lepas ni awak tak perlu cari saya lagi."

"Yaallah! Apa ni, Su!"nada Kamal berat dengan kerisauan.

"Saya mahu hubungan kita berhenti di takat ini sahaja, Kamal..."

"Tapi kenapa?"

Sekali lagi Soraya mendiamkan dirinya. Dia berpaling ke arah lain.

"Agaknya awak tak tahu sejauh mana rasa sayang saya kepada awak."

Soraya terus diam seribu bahasa. Dia tidak tahu bagaimana untuk berkata-kata lagi.

"Awak dah banyak berubah Su! Sejak awak datang ke KL, awak dah tak macam dulu lagi. Su yang saya kenal tak macam ni!"

"Mungkin Su yang awak kenal tu dah lama mati."

Soraya terus berjalan meninggalkan Kamal. Kamal pula berdiri kaku. Terkejut dia dibuatnya mendengar kata-kata Soraya tadi.

Soraya berjalan seorang diri. Dia mengesat air matanya yang turun menetas di pipinya. Dia hampir-hampir tidak mahu percaya apa yang diucapkannya tadi, tapi diucapkannya juga kalimah-kalimah perpisahan itu.




posted by Nizam Zakaria at 3:59 PM |