Blog Directory & Search engine

My blog entries in full quotes, RSS 2.0
Dresanala II: Baladewa-x
Nizam Zakaria's  Fotopages
Project Petaling Street
Photoblogs.org
View My Profile


e-mail


zire 71 photo
Zire 71 Photo of the day!

wArchives:


-- HOME --

 

 

wThursday, June 08, 2006



Anak Didah - Johan dan Rueben 1

Image Hosted by ImageShack.us

Anak Didah - Johan dan Rueben 2

Image Hosted by ImageShack.us

Anak Didah - Johan dan Rueben 3

Image Hosted by ImageShack.us

Anak Didah - Johan dan Rueben 4

Image Hosted by ImageShack.us

Semalam aku rasa sedih. Rasa murung itu datang lagi yang disebabkan oleh satu mimpi yang telah aku alami beberapa hari yang lepas. Mula-mula aku mahu melupakan mimpi itu, tapi semalam, ia perlahan-lahan meresap ke dalam diriku; berarak macam awan hitam untuk memamah segala apa yang membuat aku seorang manusia. Jadi dalam kemurungan, aku beli sekotak rokok. Aku cuba isap rokok-rokok yang aku beli, tapi tubuh aku menolaknya. Aku rasa mabuk. Mual. Aku rasa kali ini, mungkin aku dah tak boleh hisap rokok lagi.

Dalam keadaan murung aku, aku tinggalkan solat aku. Aku rasa aku dah tak berdaya untuk menghadap tuhan pada semalam. Aku tak boleh tidur. Aku rasa sunyi.

Kemudian. Pukul dua pagi aku bangun dari baringku. Jawapan yang aku cari masih tidak dapat aku cari. Jenuh aku bertanya. Tapi sekurang-kurangnya fikir aku, Tuhan hanya mahu menduga aku. Tuhan sengaja buat manusia macam aku lemah supaya aku jadi rapuh yang dirinya akan jatuh berderai hanya untuk aku dapat bangun semua untuk menjadi seorang manusia yang lebih teguh. Itu fikir aku. Jadi dalam kemurungan aku, aku selesaikan solat aku tinggalkan tadi. Atas kemahuan aku sendiri. Dan untuk beberapa saat, aku dapat merasakan Dia berada di sisiku ketika sedang aku melafazkan doa.

Dalam beberapa saat itu sahaja sudah cukup untuk buat aku reda kepadaNya.

Jadi pada pagi ini, aku ambil satu keputusan. Aku rasa sudah sampai masanya untuk aku melepaskan Dia pergi. Aku mahu Dia tahu bahawa inilah bukti cinta aku kepadanya - bahawa aku sanggup melepaskannya agar Dia dapat mencari apa sahaja kebahagiaan yang dia cari. Aku doakan agar Dia bahagia. Aku harap, Dia akan doakan perkara yang sama kepadaku. Doakan juga aku akan menemui kebahagiaan melalui orang-orang yang aku sayangi. Doakan juga aku menemui penggantinya yang dapat menerima aku seadanya dan juga Taib serta Tipah yang sudah menjadi sebahagian dari hidupku.

Aku dah tidak lagi mampu menunggu kepada sesuatu yang sudah tertunda. Jika Dia ucapkan sayang, aku pasti mampu hatta seribu tahun lagi. Tetapi semua itu tidak ada walaupun jenuh aku menunggu perkataan ini dilafazkan dari mulutnya.

For all its worth, I 've experienced some of the happiest moments in I life when I was with Dia. Walaupun mungkin selepas ini aku tak menjumpai cinta yang aku cari, sekurang-kurangnya aku tahu aku pernah merasakan bagaimana aku dicinta dan mencintai.

Lagu ini untuk yang aku sayangi


posted by Nizam Zakaria at 10:06 AM |