Blog Directory & Search engine

My blog entries in full quotes, RSS 2.0
Dresanala II: Baladewa-x
Nizam Zakaria's  Fotopages
Project Petaling Street
Photoblogs.org
View My Profile


e-mail


zire 71 photo
Zire 71 Photo of the day!

wArchives:


-- HOME --

 

 

wThursday, May 04, 2006



Tipah oh Tipah...

Image Hosted by ImageShack.us
Tipah suka duduk melepak macam ni atas bench press. Aku sayang dia dan Taib sebab diorang boleh terima aku dengan seadanya.

Aku lupa nak cakap kat korang aku masuk hospital lagi sebab batu karang. Masa aku mula-mula kena, aku rasa sakit bagai nak gila. Aku suruh adik aku dan mak udaaku bawak aku ke hospital terdekat. Bila aku sampai kaunter hospital, nurse terus suruh aku baring atas katil dalam wad kecemasan.

Sakit. Aku dah bagitahu yang aku rasa sakit bagai nak gila kan?

Apa-apapun. Aku dah keluar hospital. Mak dan bapak aku dari Johor datang melawat aku. Semalam, bila mak aku nak balik, aku menangis depan dia. Aku peluk dia. Aku tak pernah buat macam ni kat dia. Aku tak sebut langsung yang aku sayang dia, tapi aku rasa dia faham. Aku rasa, orang-orang yang sayang aku faham tentang isi hati aku walaupun perkataan sayang itu aku tak luahkan langsung.

Fasal novel Susuk. Aku masih rasa susah nak siapkan novel ni. Aku rasa sebab cerita dalam novel ini bukannya dari aku sendiri, jadi sebab tu lah aku rasa susah nak tulis dan faham. Aku harap-harapkan nanti aku boleh siapkan jugak. Aku dah mula rasa tertekan.

Dah lima hari aku tak isap rokok. Aku harap-harap boleh berhenti terus.

--

I just finished watching the first season of The L Word in an attempt to understand how it feels like to live a lesbian life. I have a couple of lesbian friends and I kept on telling them to invite me to their parties yet I never gotten myself invited to any. Come to think of it, I hardly got any invitation to a queer party in the first place...

Anyways, I really like The L Word.


posted by Nizam Zakaria at 9:47 AM |