Blog Directory & Search engine

My blog entries in full quotes, RSS 2.0
Dresanala II: Baladewa-x
Nizam Zakaria's  Fotopages
Project Petaling Street
Photoblogs.org
View My Profile


e-mail


zire 71 photo
Zire 71 Photo of the day!

wArchives:


-- HOME --

 

 

wWednesday, May 17, 2006



Malam Puisi Warisan - ASK 4

Image Hosted by ImageShack.us

Malam Puisi Warisan - ASK 5

Image Hosted by ImageShack.us

Malam Puisi Warisan - ASK 6

Image Hosted by ImageShack.us

Malam Puisi Warisan - ASK 7

Image Hosted by ImageShack.us

Malam Puisi Warisan - ASK 8

Image Hosted by ImageShack.us

I was so furious when I received an e-mail from Anne James though Artisproactiv Yahoogroup this morning. It is about an article written by a very disturbed individual by the name of Lanh which was published by HarakahDaily.

All I can say to these people who are trying to use religion to undermine and destroy the very fabric of my culture: FUCK YOU!

And because of this, I am very annoyed with PAS (you will understand why when you read the article). In Kelantan, the "Cradle of Malay Culture", the PAS lead government banned Mak Yong, which has been proclaimed Masterpiece of Oral & Intangible Heritage of humanity by UNESCO. I consider Mak Yong as part of my Malay identity, and I'm proud of it. If there's no Mak Yong, then part of me is gone. And please don't expect me to replace it with some obscure Arabic cultural traditions; because I'm Malay, I'm not Arab.

This is what exactly happened when PAS took over a state like Kelantan. They ban anything that they deemed 'unislamic', which includes Mak Yong.

Pray tell, after all the ban, the restrictions and the strict interpretation of Islam, how come Kelantan is still a fucked up state?

Kelantan has the highest poverty rate in Malaysia (New Straits Times, Sept 2005).

Kelantan recorded the highest crime rate nationwide (with crime index at 61.89 percent), according to Deputy Internal Security Minister Chia Kwang Chye (NST, Mar 20, 05). In the first half of 2004, there were 2,431 reported or known crime cases, out of which, 16% were committed by juvenile (Crime Investigation Department, Sept 23, 05). Crimes such as incest, rape and murder are on the rise.

Drug abuse in Kelantan is heading towards a critical level with every district described as a black area and children as young as 13 becoming addicts, according to the National Drug Agency (Star Online, Apr 2005). It boasts the highest number of cigarette smokers and divorce rate in the country.

How can one reconcile the fact that Kelantan has imposed a strict interpretation of Islamic Law yet it has the highest crime rate and it is the poorest state in this country?

Can these people who champions their own brand of orthodox Islam do something about the sorry situation of the state they govern instead of actively destroying their own culture 'kononnya' under the guise of Islam?

--

(here's the said article that pissed me off)

'Cak gun cak', menora, tiada nilai di sisi-Nya oleh Lanh

KIRA-KIRA tiga puluh lima tahun lalu, ketika saya budak hingusan, antara 'permainan' orang dewasa yang menarik minat saya joget lambak. Apabila ada saja majlis kahwin, malamnya hampir pasti ada joget lambak atau kadang-kadang orang kampung panggil 'cak gun cak'.

Sebagai budak yang sentiasa ingin tahu (curious), kadang kala saya menyelinap dari rumah dan turut bersama menyaksikan 'cak gun cak'. Waduh pada malam selepas majlis perkahwinan ini, budak-budak muda dan yang berhati muda melepaskan gian, lelaki perempuan menari secara berlambak di laman rumah pengantin.

Di sebuah rumah saya saksikan pengantin perempuan duduk di kerusi. Kemudian pengantin lelakinya mencuit bahunya, mengajaknya menari. Pengantin perempuan pun malu-malu kucing pergi ke halaman.

Apatah lagi pasangan ini pun menari diikuti pasangan-pasangan lain diiringi muzik kugiran yang membingitkan hati dan telinga. Apabila pengantin lelaki dicuit oleh seseorang, dia terpaksa melepaskan isterinya untuk berjoget dengan orang lain. Pengantin perempuan menarik muka masam dan meninggalkan pentas.

Saya perhatikan orang perempuan duduk di kerusi yang dibariskan. Apabila ada orang lelaki mencuit, mereka pun bangun dan menari. Gambarannya macamlah adegan berjoget dalam filem Melayu 60-an atau lebih mudah untuk faham macam pementasan 'Lantai T Pinke' karya A Samad Said. Demikian betapa hebat orang Melaka dengan 'cak gun cak'nya.

Suatu malam ketika sedap menyaksikan 'cak gun cak', saya terdengar orang menjerit kuat: "Balik, balik...!" Apa lagi saya pun 'cabut', mana tahu bapa saya menjerit sambil membawa tali pinggang! Rupa-rupanya berlaku satu pergaduhan berebut perempuan joget.

Sambil berlari pulang saya nampak seorang lelaki berparang mengejar seorang lagi lelaki di jalan raya. Orang ramai mengikut mereka. Saya tidak tahu akhiran drama ini sebab saya sudah menyelamatkan diri dalam rumah.

Selepas tamat pengajian peringkat menengah di sebuah sekolah berasrama penuh di utara tanah air pada 1980, saya kembali duduk di kampung dan perasaan 'cak gun cak' atau joget lambak dan dondang sayang pada majlis perkahwinan sudah berkubur. Warisan yang dibangga-banggakan itu akhirnya rapuh dan musnah ditelan dek zaman.

Masa kecil juga, pada bulan Safar saya lihat orang berbondong-bondong naik kereta lembu melalui jalan besar di depan rumah saya. Ada yang berjalan kaki manakala ramai perempuan dalam kereta lembu dihias indah itu.

Mereka membawa pelbagai alatan untuk berkampung dua tiga malam. Antara barangan dibawa periuk belanga, pinggan mangkok, bahan makanan seperti beras serta cili asam, tikar mengkuang dan bantal.

Barisan kereta lembu ini dalam perjalanan ke Tanjung Kling. Rombongan ini mahu mandi tolak bala bulan Safar di Tanjung Kling. Selain Tanjung Kling ada juga yang berkemah dan mandi-manda di Bukit Gedung.

Mandi safar pun sudah tinggal sejarah. Saya tahu 'benda' ini khurafat apabila dalam Tingkatan Satu melalui pelajaran agama Islam diajar hadis antara lain bermaksud - tiada sial majal pada burung hantu dan hari-hari tertentu.

Terkuburnya dua amalan atau 'budaya' buruk ini - joget lambak dan mandi safar - adalah hasil dedikasi ulama yang tidak putus-putus berusaha menyedarkan masyarakat.

Seorang guru agama dalam ceramahnya di masjid mendedahkan 'cak gun cak' terhapus selepas jurunikah dan pegawai syarak masjid mengugut tidak akan menikahkan pasangan pengantin atau bapa mereka yang bercadang mengadakan joget lambak pada malam perkahwinan.

Joget lambak, mandi safar dan dondang sayang adalah sinonim dengan orang Melayu Melaka. Ia boleh dikategorikan sebagai satu budaya. Tetapi sebagai sesuatu yang bertentangan dengan kesyumulan Islam, ia dilupakan terus daripada kamus kehidupan orang Melayu.
Berdasarkan perkembangan yang membawa kepada terkuburnya 'budaya jahiliah joget lambak, dondang sayang dan mandi safar', tentulah ada yang tidak kena dengan usaha pihak tertentu untuk menyemarakkan permainan atau seni budaya rakyat yang terpesong daripada akidah Islam seperti menora atau makyong.

Menora seperti yang dipertontonkan melalui sebuah rancangan TV3 baru-baru ini jelas sekali mengandungi unsur-unsur mistik pemujaan yang tidak selari dengan Islam.

Pergaulan bebas lelaki perempuan disertai pemakaian kostum mendedahkan aurat menambah kuat hujah mengapa pementasannya secara terbuka tidak dibenarkan.

Bagaimanapun pemuja seni budaya rakyat ini semakin lantang mengkritik. Mereka termasuklah orang bukan Islam yang diberi ruang luas dan terbuka untuk menghentam Islam dan hukum-hakamnya.

Akhbar The Sun melalui the Sunextra 11 Mei misalnya, menyiarkan dua muka surat wawancaranya dengan pemuja wayang kulit, makyong, menora dan main puteri, Eddin Khoo yang antara lain berkata wayang kulit dan makyong terperangkap atau menjadi mangsa dalam perubahan pemahaman mengenai Islam daripada unsur falsafah dan spiritual kepada sesuatu yang bersifat doktrin dan ideologikal.

Khoo berkata: "But, it's really an attempt to reduce the religion into a way that can be easily controlled and manipulated, you see. So, it's a very deep process.

"We are constantly engaging, for example, on things like, you know, big debates on 'murtad' (apostasy) and syariah (laws) and hudud (laws) and all these things.

"We will never get to the heart to the heart of the problem if we talk about things like 'murtad' over and over again (chuckles) without actually going to the heart of what the anxieties are, right.

"You look at a state like Kelantan. Women cannot be on stage. Kelantan doesn't have a matriarchal system, alright. But its economic life revolves around women. It has had a history of women controlling business, entrepreneurship, local economy.

"Social life, then as a result, is based on women. Polygamy is common (but) so was polyandry (when a woman has more than one husband).

"Even the mythology of Kelantan is rooted in women. Till today, for purpose of tourism, we talk about Negeri Cik Siti Wan Kembang, Negeri Puteri Saadong. What does that mean? And who all these people? And what does it say about the Kelantanese cultural context?

"Munshi Abdullah (goes to Kelantan and) finds that the women dominate everything. And this criticism is leveled against the men whom he describes as lazy, not very intelligent, (and) they are out to gamble, drink and pick fights.

"But, ya, imagine in a space of 15 years, telling a society that comes with this kind of legacy, right, that a woman can't be on stage, that she has to be segregated at the counter..." For the full interview, go to www.sun2surf.com

Aduhai, apakah malang dalam usaha gigih cendekiawan Islam dan ulama bermati-matian membetulkan akidah ummah, pada masa yang sama sesetengah pemimpin mengaku beragama Islam berusaha bersungguh-sungguh menghidupkan budaya nafsu-nafsi atas alasan tidak mahu warisan nenek moyang berkubur.

Nabi Muhammad s.a.w. dalam usaha gigih baginda membawa sinar kepada orang Arab Jahiliah juga menghadapi masalah sama. Pertanyaan seperti bagaimana untuk meninggalkan amalan ini kerana ia warisan nenek moyang, bagaimana mahu meninggalkan kepakaran mengukir patung kerana ia warisan nenek moyang adalah lumrah.

Ayuh, sedarlah insan bahawa 'cak gun cak', pesta mandi safar, dondang sayang, menora dan makyong, jika mengandungi unsur maksiat dan lebih buruk lagi syirik, ia tiada nilai langsung untuk dipertahankan sebagai warisan datuk nenek. Malah semuanya tiada nilai di sisi Allah SWT, malah pelaku dan pemujanya tidak akan dipandang-Nya.

--

Please also read:

Fahmy Fadzil: Mak Yong: A Jihad - Protected from the outside, banned from the inside

NB: Oh by the way, I have this ass hole (lalat yang selalu kacau blog aku, sekarang tgh study kat UK), who claims that Mak Yong is not a warisan Melayu. Oh dear, if Mak Yong is not Melayu, then what is? I wonder what he will think of next... Wayang Kulit? Zapin? Keroncong? Dikir Barat?




posted by Nizam Zakaria at 10:26 AM |