Blog Directory & Search engine

My blog entries in full quotes, RSS 2.0
Dresanala II: Baladewa-x
Nizam Zakaria's  Fotopages
Project Petaling Street
Photoblogs.org
View My Profile


e-mail


zire 71 photo
Zire 71 Photo of the day!

wArchives:


-- HOME --

 

 

wTuesday, May 09, 2006



Lelaki Komunis Terakhir

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us
These are random pictures of Brussels taken by Dia during his visit there last week.

I had another painful attack at my kidney area this morning. Luckily, my officemate was kind enough to drive me to Sunway Medical Centre. I received a jab to eliminate the pain and it worked. My doctor used ultrascan to check my kidney and it seems that he still can't locate the stone. He said, the next time I experience the same kind of pain, he has to carry out a procedure to remove the stone. He said I will be unconscious. I was told that I will experience discomfort after the procedure was carried out and only when I want to pass urine.

--

I haven't watched Lelaki Komunis Terakhir, but I will definitely ask Amir to let me watch the film. I was appalled when I first heard that the movie was banned last Friday. Again, it's all because of one Akmal Abdullah who has yet to watch the movie. Yes, HE HAS YET TO WATCH THE MOVIE! How can anybody write and criticise about something he haven't even watch? Well, Akmal Abdullah can.

Macam mana pulak kalau aku nak buat cerita pasal Maharajalela. Aku nak dedahkan kepada semua orang yang si penyangak ni dulu kerjanya tangkap orang-orang asli untuk dijadikan sebagai hamba abdi. Dia tak puas hati bila Birch cuba halang dia dari bukak bisness jual orang. Jadi, si samseng ni pergi lah bunuh orang putih ni. Ye lah, orang puteh ni has his list of benda-benda tak betul jugak, but that doesn't mean ko boleh suka-suka buat skrip Godfather versi Pasir Salak plak, kan? Godfather Pasir Salak? Good idea, kan? Aku nak sangat buat cerita macam ni. Aku nak buat Maharajalela ala-ala Godfather suka hati tangkap orang jual orang sebagai hamba. Dah tu suka-suka bunuh orang and think he can get away with murder, which he didn't. Kena ban ke filem aku kalau aku buat cerita macam ni???

Oh by the way, there should be a Jalan Don Corleone in KL. And why not, since we in Malaysia are so fond of thugs and make them heroes...

--

Kenapa Gusar dengan Sepet, Gubra dan Lelaki Komunis Terakhir?

Oleh Clarissa Lee


Setelah menyaksikan kehangatan perdebatan yang dimulakan dengan filem Sepet dan Gubra oleh Yasmin Ahmad, dan terkini dengan dokumentari Amir Muhammad bergelar Lelaki Komunis Terakhir. Kemudian saya telah menyaksikan kehingaran mereka yang bergelar pengkritik dan pembikin wacana kebangsaan. Sekarang, ingin saya merakamkan sepatah dua persepsi saya mengenai isu hangat ini.

Pada hemat saya, ada beberapa sebab mengapa kedua-dua pengarah filem ini dan filem mereka telah dikecam. Pertama, mereka merupakan pembikin filem etnik (saya tidak mahu menggunakan perkataan “bangsa” di sini atas sebab yang akan jelas kemudian) Melayu yang telah berani keluar daripada rangka yang biasa menyelubungi filem Melayu/Malaysia yang dibikin pengarah filem Melayu yang lain. Kalau kita perhatikan, kebanyakan filem di negara kita yang dibuat oleh kaum-kaum berbeza akan cuba menekankan sejenis Malaysia yang bagaikan hanya satu kaum, dan bukan berbilang etnisiti, tidak kira samada filem itu Cina mahupun Tamil. Biasanya, bahasa tunggal yang digunakan, dan Malaysia dicerminkan sebagai tanah Melayu, tanah Cina atau tanah India, bergantung kepada siapa yang membikin filem tersebut. Mungkin ada yang mengkritik bahawa Yasmin telah menggunakan bahasa Inggeris/Manglish dalam filemnya, tetapi pada hakikatnya, mereka yang berbeza kaum akan biasa berkomunikasi dalam bahasa yang merupakan bauran Melayu, Inggeris dan mungkin juga ada pengaruh dialek-dialek lain. Kita janganlah cuba lagi menghidupkan pandangan steril yang cuba menbandingkan diri dengan negara Thai dan Indonesia, sebab mereka sememangnya mempunyai sejarah yang berbeza dari kita sejak tanah kita dijajah.

Kalaulah kita dapat melihat kepada yang lebih optimis, kita akan sedarlah bahawa filem seperti Sepet dan Gubra akan membuka kembali diskusi penggunaan bahasa dan identiti bangsa Malaysia yang pernah dimulakan semasa Konvensyen Dasar Kebudayaan Kebangsaan pada awal 1970an. Kita juga perlu melihat apakah maksud tersirat di sebalik filem itu (walaupun jika maksud itu dianggap cetek oleh mereka yang rasa diri mereka lebih “dalam”) dan adakah ia memulakan wacana yang telah mula dihindar semenjak 13 Mei 1969?

Satu lagi masalah yang saya melihat dengan kritikan yang telah ditujukan kepada filem Yasmin dan akhir-akhir ini, dokumentari Amir Muhammad, adalah perasaan goyah sekumpulan mereka yang merasakan “hegemoni” kaum mereka diancam oleh kemahuan sebilangan orang di Malaysia yang tidak mahu menyamakan maksud bangsa dengan hanya satu-satu kaum dengan membelakangkan atau mengendah kaum lain. Bagi mereka, bangsa sewajarnya bermaksud bangsa Malaysia, tanpa mengambil kira asal keturunan yang telah ditentukan oleh pergerakan manusia semenjak awal tamadun. Inilah tanggapan yang saya terima daripada melihat kritikan ke atas dua-dua filem, apatah lagi, satu daripadanya belum lagi benar-benar ditayangkan kepada khalayak ramai. Kumpulan yang bagaikan pro-ketuanan sesuatu kaum itu tidak mahu melihat bangsa sebagai amalgamasi kepelbagaian penduduk yang telah lama menetap sebagai rakyat di Malaysia, tetapi mahu melihat tanah Malaysia sebagai tanah mono-kaum semata-mata. Maka, mereka akan mengkritik sesiapa yang cuba keluar daripada wacana sempit “bangsa”. Adakah hanya kaum Melayu yang telah menyumbang kepada kedaulatan negara ini? Memang tidak dapat dinafikan bahawa kaum Melayu merupakan majoriti di negara ini, atas sebab demografi dan adat kekeluargaan, tetapi adakah wajar untuk tidak mempedulikan kaum-kaum lain yang juga pernah menyumbang dan menyokong pembentukan negara tercinta?

Maka, saya amat menyokong kepada adanya filem yang dapat memaparkan pahlawan-pahlawan dan tokoh-tokoh yang menyumbang kepada pembentukan bangsa. Saya yakin bahawa semestinya ada saling-kaitan dan perhubungan sesama tokoh-tokoh berbilang bangsa, apatah lagi mereka yang kontemporari. Mungkin dengan itu, kaum-kaum lain yang selama ini rasa diketepikan akan dapat merasakan bahawa mereka tidak diseterukan. Ini sedikit-sebanyak akan menyumbang kepada penghapusan sikap fascisme dan chauvinisme dalam setiap kumpulan kaum.

Mengenai kritikan bahawa filem Amir Muhammad akan membawa kembali kenangan pahit adalah tidak wajar. Tiada dalam ketamadunan manusia ini yang tidak mempunyai kenangan pahit untuk mengiringi yang gemilang atau manis. Kalau kita ingin mengata bahawa Chin Peng dan konco-konconya telah membunuh ramai rakyat Malaya, kita boleh juga kata bahawa serangan daripada Jepun juga telah menyebabkan kehilangan banyak nyawa, yang saya rasa lebih lagi daripada kemaharajalelaan Parti Komunis pada masa darurat. Mungkin ada yang memangkas hujah saya dengan mengatakan bahawa, sebagai warga Tanah Melayu, Chin Peng dan konco-konconya tidak wajar bertindak sedemikian. Kalau begitu, kita memang buta dengan penindasan secara halus yang berlaku di negara kita pada setiap hari, walaupun tidak dengan cara terbuka seperti aksi-aksi komunis ini. Kita tidak patut hanya memikirkan yang hanya kita berhak untuk bersungut mengenai pengalaman pahit kita, sebab pengalaman yang kita lalui sebenarnya tidaklah seteruk yang dilalui di negara-negara lain pada zaman yang sama, misalnya di Cina, Korea, Rusia, dan Eropah. Tidak lupa juga perjuangan dan peperangan yang berlaku dengan banyaknya di negara-negara benua Africa di sekitar waktu itu juga. Ini tidak bermaksud bahawa saya ingin meremehkan penderitaan rakyat kita, sebab penderitaan ini saya memang faham, kerana moyang saya pun pernah melaluinya sebagai warga negara ini pada zaman itu. Tetapi adakah dengan itu, kita tidak lagi mahu membincangkan lagi bahagian-bahagian sejarah yang dianggap kejam dan belajar darinya? Kalau begitu, mungkin kita patut hapuskan pembelajaran sejarah daripada sukatan pendidikan kebangsaan, kalau kita begitu sensitif dengan segala yang bakal menyentuh peribadi kita? Kita juga terlupa bahawa mereka yang terlibat dalam parti komunis juga ada membantu dalam menyumbang kepada kejatuhan Jepun di negara kita. Kalau tidak, masakan ahli-ahli parti itu terdiri dari berbilang kaum? Ini bukanlah maksud saya untuk membenarkan tindakan ganas mereka, tetapi adalah sebagai penyataan sejarah. Kita juga telah lupa, bahawa dalam zaman global ini, adalah dengan mudah untuk seorang anak muda untuk memperolehi bahan-bahan bacaan falsafah Marxism dan Komunism, dan adakah kita dapat kawal bahawa ada antara mereka yang melanggani falsafah-falsafah sedemikian, sedikit-sebanyak walaupun tidak sepenuhnya? Bukannya semua manusia tidak dapat membezakan antara sesuatu yang intelektual dengan yang emosi.

Juga, adakah dengan menunjukkan filem itu Amir Muhammad adalah seorang propagandis ? Kalau kita mahu berkata demikian, banyak medium, selain dari filem, yang mempunyai potensi sebagai propaganda, termasuk akhbar itu sendiri, termasuk kritikan-kritikan terhadap dokumentari itu. Pada fikir saya, propaganda hanya berlaku apabila hanya suara yang dibenarkan, dan suara-suara lain dibenamkan. Ia berlaku apabila fakta-fakta sengaja diubah atau disimpangkan untuk meneruskan “perjuangan” propagandas itu, dan tiada sesiapa yang dibenarkan membangkangnya. Kalau dirasakan bahawa Amir itu seorang propagandis, biarkanlah filem itu ditayangkan dan biarkan orang ramai memberikan pandangan masing-masing mengenainya. Kalau sememangnya filem itu buruk atau teruk, ia akan mati dengan sendirinya. Atau ia boleh dijadikan satu bentuk pengajaran kepada bakal pembikin filem dan dokumentari lain. Penayangan secara terbuka sebenarnya lebih selamat dari kepelbagaian mesej halus yang disampaikan dengan cara-cara lain misalnya oleh ekstremis agama atau ideologi yang mengelar diri sebagai penegak kedaulatan agama atau sesuatu ideologi.

Akhirnya, saya telah terbaca di akhbar The Star yang bertarikh 7 Mei bahawa Malaysia mahu mendirikan satu Universal Studio ala yang wujud di Amerika Syarikat di bawah Pelan Malaysia Kesembilan. Maka, adalah ironis kalau kita terus mempunyai undang-undang samar yang terus menyekat kreativiti mereka yang terlibat dalam bidang-bidang sebegini. Adakah Malaysia mahu terus menjadi satu negara “kilang” di mana kita hanya “mengilangkan” produk-produk asing tetapi tidak mahu membangunkan dan mempelbagaikan produk kreatif kita pada tahap yang bermutu? Pada masa sekarang, wacana kebudayaan kita dari segi sastera, filem dan seni masih tersangat sempit, hanya kerana kita sebenarnya masih dihantui oleh keinginan untuk menentukan “identiti”, dan perjuangan fascist untuk menegakkan identiti masing-masing melalui cara yang menekan identiti individu lain dan bukan dengan cara interogasi yang akan menjanakan kreativiti yang lebih refleksif dan menjurus kepada kecemerlangan.

Mungkin sebab itulah kita masih terperangkap dalam wacana pasca-kolonial dalam bentuk yang sempit yang menyembunyikan ketidakyakinan diri kita.

Please also read:

Amir Muhammad: Why is Lelaki Komunis Terakhir banned in Malaysia? <-- After reading this article written by Amir, you have to agree with me that Berita Hairan Harian is the lamest newspaper in Malaysia. And yes, I am still boycotting Berita Harian. I strongly suggest that you do too.

Fathi Aris Omar: Amir

Salhan K. Ahmad & Fathi Aris Omar: Tayangan 'Lelaki Komunis Terakhir' dilarang

Jeff Ooi: The ban of 'Lelaki Komunis Terakhir': Pemuda Umno, Berita Harian, 'public protest' & a lelaki at Jalan Riong

Pojok Maya: Lelaki Komunis Haram

MyAsylum: "Lelaki Komunis Terakhir" Ban: Will Somebody Please tell the Ministry of Home Affairs that Berita Harian IS NOT the voice of Malaysia?

The Malaysian: Film Censorship - An Archaic Tool.

Garam Gula: Lelaki Komunis T...

Sashi-isms: Please Let Me Watch Lelaki Komunis Terakhir

discordant_dude: The last of "The Last Communist"

Dr. Ronin: The Last Communist BANNED ???

Khyron's Musings: Banned!

James Wong: Approved film on Chin Peng is now banned

Yong Shu Chiang: On the Edge

Zer0: The Last Film

Eyeris: Negara ini bukan ada satu budaya sahaja, tau?

Mental Jog: UMNO youth + berita harian = the public?

Ted: Ban of Lelaki Komunis Terakhir

Endroo G: Komunist manifesto

MStar: Larangan filem "tidak wajar"

KTemoc Konsiders: Why isn't the Last Communist Malay

Howsy: Lelaki Komunis Terakhir To Be Shown To MPs?

MyAsylum: EPI ate my LOG: Akmal Abdullah's Secret Film Rating System

Lim Kit Siang: Amir’s The Last Communist – can only see abroad?

Chow Kon Yeow: MPs invited to watch “Lelaki Komunis Terakhir”

Lainie: Yeesh. Buta kena pissed off


CIJ: The Ban on 'Lelaki Komunis Terakhir' by Amir Muhammad


posted by Nizam Zakaria at 2:42 PM |