Blog Directory & Search engine

My blog entries in full quotes, RSS 2.0
Dresanala II: Baladewa-x
Nizam Zakaria's  Fotopages
Project Petaling Street
Photoblogs.org
View My Profile


e-mail


zire 71 photo
Zire 71 Photo of the day!

wArchives:


-- HOME --

 

 

wThursday, April 27, 2006



Featuring the works of Moed Latif - 5

Muid Latif

Featuring the works of Moed Latif - 6

Muid Latif

Apa agaknya aku nak buat kalau orang yang aku sayang beritahu kepada aku yang dia dah berubah? Perlu ke aku tunggu dan harapkan dia akan sayang aku kembali seperti dulu?

Kecilnya aku sebagai manusia adalah kerana aku manusia yang tak mahu berubah. Aku mahu pegang kebahagiaan yang pernah aku rasakan dan berterus-terus begitu. Ini kelemahan aku. Aku mengaku.

Kenapa agaknya orang yang paling kita sayang adalah orang yang susah untuk kita sayang?

Banyak benda yang aku buat, (sebab aku tak nak berubah) tapi orang yang aku sayang tak mungkin akan faham kenapa aku buat itu semua. Aku tutup hati aku. Aku bekukan jiwa aku. Semua ini aku buat dengan harapan dia akan kembali kepada aku satu hari nanti supaya masa-masa bahagia aku dengan dia akan kembali.

Tapi dia kata dia dah berubah. Dia tak macam dulu. Aku tak tahu kenapa dia boleh jadi macam ni.

Aku rasa kalau aku nak butakan hati aku, aku boleh. Tapi tu bukan aku. Aku tak mampu nak buat macam tu. Aku tak mampu nak tinggalkan segala-galanya yang aku ada. Sebab fikir aku, kalau aku sayang orang tu, aku mesti melakukan segala-galanya agar rasa sayang itu akan terus ada.

Mungkin dah sampai masanya aku tak perlu tunggu lagi. Lagipun, bukannya dia sayang aku lagi macam dulu. Dia dah banyak berubah. Dia bukan manusia yang pernah aku sayang setengah mati dulu. Aku rasa aku tak kenal dia lagi.

Sebab itu semalam aku menangis. Semalam aku menangis sebab aku tak kenal dia lagi.

Aku rasa sudah sampai masanya untuk aku mengalah.



posted by Nizam Zakaria at 11:59 AM |