Blog Directory & Search engine

My blog entries in full quotes, RSS 2.0
Dresanala II: Baladewa-x
Nizam Zakaria's  Fotopages
Project Petaling Street
Photoblogs.org
View My Profile


e-mail


zire 71 photo
Zire 71 Photo of the day!

wArchives:


-- HOME --

 

 

wWednesday, April 26, 2006



Featuring the works of Moed Latif - 3

Muid Latif

Featuring the works of Moed Latif - 4

Muid Latif

Yesterday was one of the luckiest days of my life…

An executive producer friend on mine called me yesterday. He asked me a favour. He asked me and a journalist friend from a major Malay dailies to watch a movie his company helped to produce.

I was told I cannot say much about the film, so I won't. But the thing is… All I can tell you is… I've just watched the one of the most beautifully made Malay (or should I say, Malaysian?) films of recent times (there are cringe-worthy scenes of course, but I guess it's a chick-flick of sort... jadi scene-scene macam ni kena ada. Nak buat macam mana, kan?) There are times when I felt like crying. The experience I had last night was like what I had when Yasmin asked me to watch Sepet just moments after it was freshly edited. I think this movie is going to be a hit amongst film buffs. They will like scenes where there are beautiful shots of KL like they have never seen before. And the timing of some of the shots… Sujudddddd! (ini bahasa adik-adik, so you Taliban wannabes, please don't misquote me). You will understand what I'm saying here when you take into consideration the concept of time in this movie. And guess what? This movie is even colour coded. Sapa nak jawab?

Watch this space for updated of the movie. When the time comes, I will tell you more about the movie.

--

Berikut adalah tulisan Fadz sepertimana yang ditulisnya dalam yahoogroups filemkita:


Sesuatu dari blog Faisal Tehrani. Aku terlopong bila baca. Aku boleh bayangkan drama radio satu dengan lagu padang pasir Arab (bukan Islam) di belakang pada setiap sepuluh saat, atau sebuah lagu versi Filem Negara Malaysia yang diketuai pakcik2 pakai ketayap dan menunggu untuk negara OIC bersatu. Serius, aku terus terang, I will never watch this movie version if its out (I remember Sembilu2005!). Faisal sekurang-kurangnya letaklah tanda imej yang kuat dari guna dialog saja memanjang, ni nak ikut stail drama kita yang berabuk ni buat apa? And he talks about mis-en-scene and film stuffs?

Memang filem pun ada pelbagai mazhabnya, dan aku percaya inti Akmal pada malam Sabtu di ASK apabila berbicara Malaysia mempunyai sinemanya yang tersendiri, tetapi aku tak boleh percaya bila orang dan isi di dalamnya boleh jadi bigot yang terang-terangan bila sesebuah filem itu tidak mengikuti citarasa mereka. Ya, filem adalah lapangan yang menggoncang, merunsing manusia, secara propaganda atau saja mahu meluaskan satu isu. Tetapi cara penggunaan bahasa filemlah yang membuat filem itu boleh hidup sampai bertahun-tahun. Membaca bahasa filem sebenarnya semua penonton Malaysia menyedarinya dalam Gubra kerana itu kita boleh lihat siapa yang tersinggung dan siapa tidak, tidak ada maknanya penonton kita buta pada bahasa filem. Tidak ada, penonton kita bukan bodoh (kawan saya hanya betulkan, Gubra perlu diberi rating 18PL dan bukan U, ia tak sesuai untuk remaja bawah 18). Gubra memang dibuat untuk itu, untuk 'mengubrakan' orang Islam yang biasa yg selalu letakkan diri mereka dalam 'safe spot' (dan adakah Akmal dan Raja Azmi tak sedar bahawa banyak filem Iran juga melakukannya tetapi dalam konteks budaya mereka?), dan sedar banyaknya dosa yang kita dah lakukan yg sama saja seperti agama lain, yang hanya kita perlu sedar untuk memohon kemaafan Allah dan syafaat Rasulullah s.a.w. kerana ketidakkemahuan kita memahami orang lain selain kita (ya, bila kita tengok satu-satu tu teruk, kita terus tuduh orang/perkara tu masuk neraka, siapa kita untuk menghukum insan Tuhan dan apa yang ditentukan Tuhan? Adakah kita Tuhan ada kuasa menghukum?). Itu saja keinginan Gubra (kerana itu Kak Min berkata tentang kemaafan). Jadi yang tidak suka dengan struktur bahasanya, bencilah Gubra, dan yang suka, sukalah Gubra. Perkara ini penting dan saya seronok ia telah pun berlaku kerana saya percaya, filem ini mungkin dicemuh bertahun lamanya, tapi pada satu masa di masa depan, ia akan diangkat (seperti biasa) seperti yang berlaku dengan Citizen Kane, sebuah filem yang dicemuh masyarakat waktu itu tapi kini, antara filem terpenting di dunia.

---

Jika aku ini Iblis

Jika aku ini Iblis, aku akan gunakan manusia berdarah panas dengan idealismenya untuk menggunakan agama ke arah kebencian. Aku akan minta mereka untuk menggunakan kitab-kitab suci yang ada untuk membenci sesama manusia. Ayat-ayat suci agama akan dijadikan senjata bicara mereka. Akan aku saluti wajah mereka dengan topeng kealiman. Biar ramai pengikut mereka nanti yang terdiri dari manusia-manusia yang sentiasa hauskan kebenaran. Biar ajaran pengikut-pengikutku ini nanti akan membuatkan ramai manusia membenci sesama mereka. Biar manusia terus menzalimi, membunuh dan berperang demi agama yang mereka anuti. Biar mereka fikir bahawa mereka bukanlah bersaudara, tetapi berpuak-puak yang saling mencurigai. Biar mereka semua dihancurkan melalui dogma yang mereka anuti, yang tak perlu aku belitkan, tapi akan dibelitkan oleh mereka sendiri - Si pengikut-pengikutku yang bertopengkan wajah malaikat itu...




posted by Nizam Zakaria at 11:02 AM |