Blog Directory & Search engine

My blog entries in full quotes, RSS 2.0
Dresanala II: Baladewa-x
Nizam Zakaria's  Fotopages
Project Petaling Street
Photoblogs.org
View My Profile


e-mail


zire 71 photo
Zire 71 Photo of the day!

wArchives:


-- HOME --

 

 

wTuesday, April 18, 2006



Featuring works by Orkibal - 7

Orkibal

Featuring works by Orkibal - 8

Orkibal

Featuring works by Orkibal - 9

Orkibal

Featuring works by Orkibal - 10

Orkibal

Featuring works by Orkibal - 11

Orkibal

Akmal Abdullah never fails to piss me off. Today, he wrote yet another piece of bad article in Berita Harian (Babak lucah ditayang di pawagam Finas?). How come this guy never writes the name of the people that he claims to be his sources?

I'm quite sure the audiences at Finas are fully aware that they are watching international films that may have some sort of nudity. And I'm very sure we are talking about real hard-core film buffs who had traveled all the way to Hulu Klang just to watch these films albeit for free. We are not talking to an audience of mat/minah rempits who shouldn't know better! If you think you have a strong sense of self-righteousness, then why bother watching these sorts of films? Go watch all of them "U" rated movies in the cinema lah! There are people who took the trouble to watch these films and the rest of the self-righteous audiences should at least respect them (sadly, these pricks usually don't).

By the way, this is the same guy who's irresponsible column, according to fellow blogger Clouded Moon; "claimed that the independent filmmakers have lost the battle and have been forced to concede that they have to pander to the mainstream."

No one can match him for his sheer audacity when he wrote articles with titles like: "Yasmin wajar minta maaf" and "Epilog: Pengarah indie usah dabik dada". This guy also seems to have a personal vendetta against the so-called non-mainstream film makers.

Akmal Abdullah should make himself a favor by stop writing about films altogether. He should be a food critic instead.

---

Babak lucah ditayang di pawagam Finas?
Oleh Akmal Abdullah

BEBERAPA warga filem yang mengikuti tayangan siri filem antarabangsa pada setiap malam Rabu di Pawagam P Ramlee, di Kompleks Studio Merdeka, kesal dan marah terhadap penganjur yang tidak menapis filem berkenaan terlebih terdahulu kerana membiarkan aksi seks dan pelakon berbogel dipertontonkan kepada umum.

Babak tidak senonoh itu dikatakan bukan saja ditunjukkan dalam satu filem tetapi sudah beberapa kali ditayangkan mengikut judul tertentu sejak siri filem antarabangsa diperkenalkan pada Februari lalu, tanpa larangan sesiapa sekalipun ia ditayangkan di pawagam dalam bangunan bangunan milik kerajaan di ibu pejabat agensi perfileman nasional.

Lebih memalukan, beberapa filem yang ditayang itu turut ditonton remaja belasan tahun, pelajar pusat pengajian tinggi dan sekolah yang menemani ibu bapa mereka menerusi siri tayangan filem itu yang dijadikan acara mingguan di ibu pejabat Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).

Difahamkan, semua filem yang ditayangkan di situ juga tidak pernah mendapat kelulusan Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF). Malah, pengurusan Finas juga dikatakan tidak pernah memeriksa terlebih dulu filem berkenaan sebelum ia dipertontonkan kepada umum.

Sesi tayangan itu dikendalikan Institut Alam dan Tamadun Melayu (Atma) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Kaki Kino, iaitu grup peminat dan perunding filem artistik yang banyak merujuk filem Barat dan Asia untuk pendedahan peminat filem di negara ini.

Tayangan filem berkenaan yang dibuka kepada orang ramai secara percuma dan diberi siaran publisiti termasuk menerusi internet adalah salah satu usaha mengajak peminat filem tempatan menontonnya bertujuan ‘mendedahkan filem hebat dari luar negara’.

Sumber-sumber dalam industri berkata, tayangan salah satu filem berjudul Blind Shaft pada 5 April lalu jelas menunjukkan beberapa babak perlakuan pelakon berbogel dan melakukan hubungan seks yang boleh dikategorikan sebagai lucah.

“Adegan lucah seperti seorang pelakon wanita berbogel dan kemudian melakukan hubungan seks tidak wajar ditayang secara terbuka seperti ini, sekalipun atas alasan mahu mengajak penonton menonton filem bermutu dan menarik dari segi artistik atau naratifnya. Apa yang jelas, babak lucah adalah haram ditayang secara terbuka kerana tayangan filem ini dibuka kepada orang ramai.

“Kami berharap Finas dapat memantau kegiatan tayangan filem sebegini. Kementerian Kebudayaan Ksenian dan Warisan juga harus bertanggungjawab memastikan tidak ada pihak menyalahgunakan kemudahan dan pawagam kerajaan untuk membenarkan filem tidak bermoral ditayangkan secara terbuka.

“Lebih mengecewakan, tayangan filem sebegini dianjurkan Atma iaitu satu agensi akademik dari UKM yang memperjuangkan alam, adab, budaya, pemikiran dan tamadun Melayu,” kata sumber itu.

Selain Blind Shaft, iaitu filem dari China arahan Li Yang, antara babak lucah lain dan aksi bogel yang pernah ditunjukkan ialah menerusi filem Korea, berjudul Spring Summer Autumn Winter...And Spring arahan Kim ki-duk yang ditayangkan di pawagam sama pada 1 Mac lalu.

Merujuk kepada risalah publisiti yang diterima Hip dan dikeluarkan Atma UKM dan Kaki Kino, antara individu yang mengendalikan urusan penayangan filem berkenaan ialah Ahli Lembaga Pengarah Finas sendiri, Dr Wan Zawawi Ibrahim yang juga Karyawan Tamu Atma serta Gareth A Richards dari Kaki Kino.

Filem Jerman papar aksi wanita tunjuk buah dada

SEORANG penonton yang enggan namanya disiarkan berkata, dia mengaku turut bersama menonton semua filem berkenaan yang ditayang di Pawagam P Ramlee menerusi siri tayangan berkenaan dan mendapati memang ada babak lucah dan bogel dibiarkan tanpa potongan pada filem tertentu.

“Secara undang-undang dan moral, ia nyata memang lucah dan tidak boleh ditayangkan kepada umum, apatah lagi ditayang dalam kawasan bangunan kerajaan. Selain Blind Shaft dan satu filem Korea, saya juga pernah menonton satu filem Jerman berjudul Die-untergang (The Final Day) yang mengisahkan sejarah Hitler tetapi dalam satu adegan berparti, ada babak aksi watak perempuan menunjukkan buah dada. Saya terkejut kerana filem itu tidak dipotong.

“Penganjur sesi tayangan ini harus lebih bertanggungjawab dan menghantar filem berkenaan terlebih dulu untuk tapisan kepada LPF. Memang babak lucah tidak disiarkan dalam tempoh lama iaitu cuma sekitar beberapa saat tetapi ia dipaparkan secara kerap,” kata penonton itu.

Seorang karyawan filem yang turut bersama menonton Blind Shat dan Spring Summer Autumn Winter... And Spring mengaku terkejut apabila babak seks secara terang diperontonkan di pawagam berkenaan dan menegur wakil penganjur kerana babak itu tidak sesuai untuk tayangan kepada orang ramai.

“Tetapi teguran saya tidak diendahkan mereka. Malah, mereka beri alasan tidak perlu hantar filem berkenaan kepada LPF kerana banyak kerenah birokrasi. Saya dan beberapa kawan yang datang menonton filem pada malam berkenaan juga terasa malu dan marah apatah lagi ada remaja dan pelajar turut bersama menonton. Kami jadi tidak selesa,” katanya yang berhasrat menghantar surat aduan kepada Finas dan Atma.

Pawagam P Ramlee terletak di tingkat dua ibu pejabat Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Malaysia). Siri tayangan filem itu menyajikan judul filem asing atau filem tempatan hasil pengarah indie untuk seminggu sekali pada setiap Rabu.

Untuk bulan ini, filem yang dipilih ialah Blind Shaft (5 April), The Beat That My Heard Skipped (12 April), Machuca (19 April), King’s game (26 April) dan The Big Durian (29 April).


posted by Nizam Zakaria at 12:55 PM |