Blog Directory & Search engine

My blog entries in full quotes, RSS 2.0
Dresanala II: Baladewa-x
Nizam Zakaria's  Fotopages
Project Petaling Street
Photoblogs.org
View My Profile


e-mail


zire 71 photo
Zire 71 Photo of the day!

wArchives:


-- HOME --

 

 

wThursday, April 20, 2006



Anak Bulan Di Kampung Wa' Hassan - 7

Anak Bulan Di Kampung Wa' Hassan

Anak Bulan Di Kampung Wa' Hassan - 8

Anak Bulan Di Kampung Wa' Hassan

Anak Bulan Di Kampung Wa' Hassan - 9

Anak Bulan Di Kampung Wa' Hassan

Personally I think this article is flawed. It includes the writer's (the very same writer I talked about a few days ago) delusional paranoid obsession against the Jews, not to mention his sense of ethnocentrism and self-righteousness. This article is so wrong in so many levels it's disgusting to read.

Damn it, who is he to decide what is deemed to be "moral" and what is not?

---

Epilog: Awasi filem antimoral oleh Akmal Abdullah

KITA ucapkan tahniah kepada Menteri Kebudayaan Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr Rais Yatim yang mengambil keputusan segera, kelmarin mengarahkan diberhentikan sementara siri program tayangan filem antarabangsa di Pawagam Mini P Ramlee, Kompleks Studio Merdeka, berikutan sebelum ini ada tayangan beberapa filem tertentu mempamerkan babak pelakon berbogel dan beraksi lucah.


Tindakan Dr Rais itu wajar dan harus dipuji kerana ia menunjukkan ketegasan bahawa kita tidak boleh tunduk kepada pihak yang sedang menjalankan gerakan secara halus mengajak orang ramai menonton asing filem bermutu yang berselindung atas nama kerja artistik tetapi mengabaikan kepentingan moral, akhlak, mempromosi budaya songsang dan mengagungkan kelucahan serta keganasan.

Lebih malang, filem sebegitu ditayang sejak Februari lalu di panggung dalam bangunan kerajaan yang menjadi ibu pejabat Finas. Ia membawa ironi, seolah-olah kerajaan Malaysia membenarkan filem yang ada babak lucah, ganas melampau dan macam-macam lagi untuk ditonton secara terbuka. Semuanya berselindung atas nama filem hebat dari luar negara kerana menang di festival antarabangsa.

Kita juga menyetujui dan menyukai filem seni dengan inti pati cerita yang ada elemen kemanusiaan, kasih sayang, persahabatan atau apa saja unsur yang positif tetapi kalau sudah garapan dan pengisian itu sebaliknya dipalsukan dengan agenda tersembunyi untuk meruntuhkan moral dan akhlak masyarakat kita, ia dilihat meragukan kerana filem asing yang dicanang menang di festival nyamuk ini seolah-olah membawa provokasi mengajak masyarakat supaya menjadi lebih liberal dan meniru masyarakat Barat dan negara Asia lain yang sudah mengabaikan kepentingan moral, peradaban dan akhlak. Filem sedemikian secara licik mengajak penonton Malaysia dan karyawan filem kita supaya menontonnya dengan fikiran terbuka untuk melihat babak lucah sebagai sudah biasa dan harus diterima untuk tontonan umum.

Jadi, alasan pihak tertentu cuma sedikit saja filem yang ditayang di Finas ada babak lucah dan pelakon bogel, apa salahnya. Jawapan begitulah yang akan menjerat kita untuk terpaksa liberal membabi buta dan selepas ini, ia akan menjadi wabak untuk merosakkan budaya murni kita. Kesannya, sudah pun kita lihat kini berdasarkan realiti kehidupan di luar sana.

Kita faham, filem yang ditayang di Finas untuk program itu bukan filem lucah tetapi ia ada babak lucah. Kekerapan babak bogael, berunsur ganas, biadap dan menggalakkan budaya songsang dan merendahkan semangat moral, sebenarnya bererti kita juga terpengaruh kepada pemikiran filem antimoral yang sebegitu dan menyetujuinya. Maka, selepas ini kita akan lebih berani menayangkan filem tidak kira apa saja atas alasan inilah kesukaan anak muda dan pemikir filem generasi baru.

Penyakit ini lama-lama akan menjadi barah. Akan tercapailah misi Yahudi sebagaimana menggunakan Hollywood sebagai senjata merosakkan pemikiran dan budaya masyarakat dunia dan Islam. Pengaruh filem mereka menerusi teori dan ilmu filem yang dibawa Hollywood dan Eropah sudah merebak kepada filem negara Asia lain seperti Hong Kong, Jepun, Korea, Taiwan dan Thailand yang mula bermegah dengan kerja seni dengan pengisian tidak bermoral secara beransur-ansur dan berselindung atas nama kreativiti serta teknik persembahan. Ia akan menjurus kepada usaha merosakkan sahsiah, nilai murni dan budaya umat Islam apatah lagi kita dalam negara yang pelbagai kaum, maka barangkali ia dilihat lebih mudah dijadikan ejen menyusupkan agenda budaya rosak terlebih dulu dalam pemikiran cerdik pandai di Malaysia menerusi tiket art movie.

Sesetengah pemikir dan pengarah filem Malaysia kita lebih berbangga dengan art movie dan taksub dengan teori filem klasik Barat. Itu pegangan mereka tanpa mengambil kira kepentingan moral dan nilai murni. Mereka dikaburi apa saja yang cuma nampak cantik dan sesuai dengan artistik dari segi pembikinan tetapi lupa kepad kepentingan aspek nilai, kualiti budaya murni dan isma ketimuran yang lebih berhemah. Mereka lupa dengan prinsip kelima Rukun Negara - Kesopanan & Kesusilaan. Mereka sudah taksub pada filem asing seperti itu, lalu sedang menjalankan gerakan melihat filem tidak berbudaya adalah terbaik segala-galanya.

Kita kena ingat, ini Malaysia yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi dan menjunjung peradaban murni, sahsiah bangsa dan nilai moral. Kesannya jika dibiarkan ia berterusan, masa depan filem Malaysia juga tidak akan menyumbang ke arah tamadun lebih baik, dan filem Malaysia akan menjadi pak turut dan meniru filem hebat asing yang tidak berbudaya. Padahnya, bangsa kita akan rosak pemikiran dan budayanya yang selama ini kita junjung dan warisi.

Kata orang, kalau nak liberal dan sekular, jangan sampai bangsa ditelanjangkan...

--

Other people who are talking about this in their blogs:

Winpatch
Vovin
Suet
Api Gelap




posted by Nizam Zakaria at 11:06 AM |