Blog Directory & Search engine

My blog entries in full quotes, RSS 2.0
Dresanala II: Baladewa-x
Nizam Zakaria's  Fotopages
Project Petaling Street
Photoblogs.org
View My Profile


e-mail


zire 71 photo
Zire 71 Photo of the day!

wArchives:


-- HOME --

 

 

wFriday, April 21, 2006



Anak Bulan Di Kampung Wa' Hassan - 10

Anak Bulan Di Kampung Wa' Hassan

Anak Bulan Di Kampung Wa' Hassan -11

Anak Bulan Di Kampung Wa' Hassan

Anak Bulan Di Kampung Wa' Hassan - 12

Anak Bulan Di Kampung Wa' Hassan

Anak Bulan Di Kampung Wa' Hassan - 13

Anak Bulan Di Kampung Wa' Hassan

I was at the launch. The Minister never mentioned the word 'lucah.' It is a concoction of the newspaper. 'Many patrons' didn't complain. It was one lone woman who had attended the previous screenings & only decided she was upset at BLIND SHAFT. She reported it to the head of ATMA but before any action could be initiated, she went to the press. FINAS would have been the proper authorities to file a complaint first. Anyway, it was a closed screening and not one that was open to the public. Talk about ethics! They didn't mention the said woman's name but were bold enough to mention the names of the Kaki-Kino organisers. They decided to become judge & jury and in the process probably sold a few more papers than normal. I will not subscribe to the said paper anymore until they change the columnist!

-- Hassan Muthalib (as what he wrote to Malaysian Cinema yahoogroups today)


Pak Hassan responded to the article appeared this morning at Berita Harian entitled: 'Hentikan tayangan filem ada babak lucah' by Akmal Abdullah.

I just wonder if Akmal Abdullah was present at any one of the screenings. And why in the world did he use the word 'lucah' (porn) when Rais Yatim never even used that term?

Like Pak Hassan, I will stop buying Berita Harian and I urge every one of you to boycott Berita Harian until they sack this irresponsible columnist.


'Hentikan tayangan filem ada babak lucah'
Oleh Akmal Abdullah

PERBADANAN Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) diingatkan supaya tidak lagi membiarkan tayangan filem di pawagam miliknya di Kompleks Studio Merdeka, Hulu Klang , dicemari filem yang memaparkan adegan lucah dan aksi pelakon berbogel.

Sambil meminta filem asing yang mengisi program tayangan apresiasi di Pawagam Mini P Ramlee pada setiap malam Rabu haruslah terlebih dulu dirujuk kepada panel penilai dan proses tapisan di Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF), Menteri Kebudayaan Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim turut mengarahkan supaya tayangan berkenaan dihentikan buat sementara.

"Pemberhentian sementara itu ialah untuk tempoh dua minggu. Ia perlu supaya penilaian dibuat semula bagi mengelak ada kontroversi dari segi nilai, budaya dan agama. Kita hendak kaji balik, apa filem yang sudah ditayang itu, apa babak yang dipertikai sebagai lucah.

"Jadi, hentikan dulu tayangannya untuk dua minggu. Kita akan lihat semula dan pastikan selepas ini filem yang hendak ditayang ditapis dan tidak berlaku kontroversi. Ia mestilah dihantar kepada LPF. Saya mahu peristiwa seperti ini tidak akan berlaku lagi," kata Dr Rais kepada wartawan selepas pelancaran majalah terbitan Finas - Sinema Malaysia di Kompleks Studio Merdeka, baru-baru ini.

Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha kementerian, Mohamad Mohd Daud; Pengerusi Finas, Senator Datuk Jins Shamsuddin; Ketua Pengarah Finas, Fauzi Ayob; Presiden Gafim/Seniman, Datuk Mustapha Maarof dan Pemangku Presiden Persatuan Pengeluar Filem Malaysia (PFM), Ruhani Abdul Rahman.

Selasa lalu, Hip mendedahkan beberapa judul filem asing yang ditayangkan di Pawagam Mini P Ramlee menerusi program Tayangan Filem Antarabangsa membiarkan babak perlakuan seks dan pelakon berbogel menerusi judul tertentu.

Filem yang dikesan ada babak tidak senonoh itu terdapat dalam filem dari China, Blind Shaft , Die-untergang (filem Jerman) dan Spring, Summer, Autumn, Winter… And Spring (filem Korea). Program tayangan itu dianjurkan Institut Alam Dan Tamadun Melayu (Atma), Finas dan Kaki Kino. Ia dimulakan sejak Februari lalu dengan tujuan menyemarakkan minat penonton Malaysia terhadap filem bermutu dari luar negara dan terbuka kepada orang ramai secara percuma.

Penonton yang mengikuti tayangan filem berkenaan meluahkan marah dan kesal kerana penganjur membiarkan ada babak lucah dan aksi pelakon berbogel dipertontonkan kepada umum, apatah lagi ia ditayangkan dalam kawasan bangunan milik kerajaan dan mendakwa ada remaja yang turut menontonnya.

Lebih mengecewakan, ia dianjurkan Atma, satu institusi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang bertanggungjawab dalam mengkaji alam, pemikiran, budaya dan tamadun Melayu.

Terdahulu dalam ucapannya pada majlis itu, Dr Rais berkata, berita (artikel pendedahan mengenai babak lucah) yang dikeluarkan itu adalah berita sedih baginya kerana mereka yang sudah menontonnya (babak lucah) tentu berasa seronok dengan filem itu tetapi beliau yang akan 'kena'.

"Masalahnya, kalau dibiarkan, saya akan digodam di Parlimen. Penonton yang seronok tetapi menteri yang sakit. Adegan itu hendaklah diberhentikan di pawagam Finas. Biarlah kalau terendam sama-sama basah, kalau terampai sama-sama kering.

"Jadi, buat sementara ini, hentikan dulu penayangan filem itu, biarlah ia tertakluk pada penilai untuk cerakinkan isi dan jenis filem yang hendak ditayangkan kepada umum," katanya.

Dalam perkembangan lain, Dr Rais menjelaskan, prestasi filem tempatampatan dari segi jumlah pembikinan semakin meningkat dan kutipan di pawagam juga bertambah antara tahun 2003, 2004 dan 2005.

"Jumlah penonton filem sepanjang 2004 ialah 16.7 juta orang, meningkat kepada 26 juta penonton pada 2005.




posted by Nizam Zakaria at 3:28 PM |