Zire 71 Photo of the day!
|
 |
 |
wMonday, December 12, 2005 |
 |
 |
 |

Human Rights Festival 1

Human Rights Festival 2

Last Saturday, I was one of the proud participants of The Human Rights Festival held at the Lake Garden, KL. We all walked from Dataran Merdeka (escorted by the police, of course who helped to divert the traffic so we can have a safe journey), to the Parliament House and then we proceeded to the Lake Garden's Panggung Anniversary.
I was asked to recite my poems and I did, even though I was clearly nervous. Apa tidaknya, Cecil Rajendra (This year's Nobel Prize nominee for Literature) and Dr Wan Zawawi (a social anthropologist, aka 'the singing professor') were there to recite their poems!
Here are the poems I recited on that day:
Aku Anak Jebat Yang Biadap (I) dahiku tak mungkin akan mencium bumi untuk sujud di hadapan mu, atau di hadapan kroni-kronimu
Aku akan berdiri Megah. Bak pahlawan jantan. Yang takkan kecut. Bacul!
Kau bukan tuhan untukku sembah! Dan aku sememangnya bukan Hamba tebusanmu.
(11) Memang benar kata-katamu itu, bahawa aku adalah seorang, anak Melayu yang kurang ajar. (kerana tidak mahu mengikut segala ajaranmu)
Aku anak Jebat yang biadap. Yang berani menentang kezalimanmu demi mencari erti kebenaran yang sebenar!
24 Oktober 1998
Untitled
Dakwat Merah Bulatan gari Besi sejuk Yang berkarat Semakin ketat Memamah tangan Tangan Penulis Pemikir Rakyat jelata…
Mulut ditampal Pena dipatahkan Kertas dibakar Dakwat dicurah Ke dalam kolah
Kolah yang dahulunya jernih Kini bertukar menjadi Merah…
Merah Berdarah Darah mereka Yang berani Menentang.
Dakwat merah. Reformasi.
Perlukah penaku ini diganti terus dengan kerisku? 24 Oktober 1998
Diam
Diam Ertinya kau Menyokong, Tangan-tangan Yang menjerat Leher umatmu Selama ini…
Diam Kerana mulutmu Telah lama Dijahit.
Diam Kerana dirimu Sememangnya Bacul.
Diam Walaupun hatimu Gelisah Menjerit Resah.
Dengan hanya berdiam diri Kaulah tangan yang telah Menjerat Leher umatmu!
24 Oktober 1998
Mimpi
Kerjanya: Mendodoikan Rakyat jelata Yang asyik: Tidur Tidur Lelap Tidur Bersulamkan mimpi. Bunga Yang akan jatuh Ke riba mereka Bak hujan Nirwana Yang sebenarnya Hanya wujud Di dalam Dunia duka Bersabitkan Kencana Dewi Mereka yang sedang Lena Tidur Tidur Lelap Tidur Yang sedang Bermimpi Didodoikan Lagu utusan senja Si dajal durjana! 24 Oktober 1998
Suara Anak Merdeka
(I) Menurut arwah datukku: Aku ini anak Merdeka...
(II) Takkan aku merdeka, selagi mataku dijahit. Telingaku dipaku. Hidungku dicucuk. Lidahku dikelar. Tanganku dipotong. Kakiku dipasung.
Fikiranku diracun...
(III) Jiwaku terperangkap. Duniaku dipagari. Suaraku tak didengari.
Fikiranku bisu...
(IV) Aku akan tetap melawan. Aku akan tetap menentang. Biarpun nanti: Namaku akan dinanahi, maruahku akan dijajahi. Aku akan tetap mahu melawan; degil!
Kerana fikiranku mahu merdeka...
(V) Aku mahu menghirup udara bebas. Mataku mahu melihat mentari pagi. Telingaku mahu mendengar lagi.
Setelah erti kebebasan telah benar-benar aku kecapi, malah, telah benar-benar aku fahami. Mahu aku melaungkan suaraku ini.
Untuk memberitahu dunia, bahawa aku kini telah merdeka!
September 11, 1998 Pagi ini aku akan bangun...
Pagi ini aku akan bangun. Mengharapkan ibu pertiwiku bebas... dari para penjajah bangsaku. Yang terdiri dari anak bangsaku sendiri...
Aku bangun... Aku menguap lesu. Harapanku masih pudar. Jalan reformasi masih samar. Masih terlalu jauh, berliku-liku... penuh dengan onak dan ranjau. Berbataskan tangan-tangan rakus, yang hanya mementingkan wang, wang, wang, dan lebih wang...
Mimpiku semalam, bersadurkan impian kesuma bangsaku. Yang mahu bangkit dari tangan-tangan rakus yang haloba.
Aku mahu bangun. Peduli apa aku kepada yang masih tidur! Semangat kejantananku terpateri di dalam tubuhku... untuk bangkit, lalu melawan setiap penjajah anak bangsaku!
4 November, 1998
posted by Nizam Zakaria
at 8:11 AM |

|
 |
 |
 |
 |
 |
|