Semalam seharian aku fikirkan tentang jalan cerita novel baru aku. Aku tak banyak bercakap. Dengan Dia pon aku tak banyak bercakap. Lagipun dia tengah pening. Kami makan malam kat rumah Li... Sebelum itu aku pergi berenang sekejap dan Az main skuash dengan Dia.
Masakan Li sedap. Aku termenung banyak kerana perlu fikirkan tentang jalan cerita aku yang semakin merunsingkan. Kadang kala aku tak tahu apa fungsi watak aku yang tiba-tiba muncul. Kadang-kala aku tidak tahu mengapa ia akan muncul, sehinggalah ia 'bernyawa' dengan sendirinya nanti bila tiba masanya. Inilah di antara perkara yang kadang-kala membuat aku mahu menulis dan cukup senang menulis. Kadang-kala aku dapat merasakan watak-watak ini seperti hidup dalam satu dunia mereka sendiri dan aku sekadar menjadi pemerhati.
Aku urut belakang Dia sebelum dia tidur. Dia kata dia sakit belakang... Kesian dia. Malam ni aku urut lagi...