Aku rasa kadang-kala aku terlalu akur kepada cinta. Aku terlalu persistant mencari cinta.
Aku jenis manusia yang tidak mampu hidup kesepian. Inilah kelemahan ketara dalam diri aku. Aku mula sedar aku curahkan segala-galanya tentang diri aku ke dalam watak Awang dalam novel yang aku sedang tulis. Awang akan buat apa sahaja asalkan dia berteman.
Satu perkara tentang Awang, dia akan semakin sayang dengan orang yang dijadikannya teman, semakin lama dia bersama. Rasa sayangnya begitu mendalam dan menebal, dia sanggup buat apa sahaja untuk orang yang disayanginya. Mungkin termasuk juga menerima hakikat, temannya itu tidak mampu menyayanginya lagi.
Tetapi Awang cukup persistant... dia percaya dia mampu meninggalkan cinta, kerana dia tahu itu sahaja yang mampu diberikannya nanti kepada temannya.